Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata kabinet telah memberikan kelulusan dasar bagi pindaan tersebut, manakala draf rang undang‑undang (Blue Bill) kini berada pada peringkat akhir penambahbaikan sebelum dikemukakan semula kepada kabinet.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, perlindungan dan ganjaran kepada pemberi maklumat
00:04antara cadangan akan diperkenalkan dalam pindaan Akta Persaingan 2010
00:08Gurungan Akta 712
00:10Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kuasar Hidup KPDN
00:14Dato' Armizan Muhammad Ali berkata
00:15cadangan peruntukan baharu mengikut Akta 712 itu penting
00:19bagi memperkasakan ekosistem pasaran yang adil, telus dan berdaya saing
00:25Katanya Akta Persaingan 2010 Akta 712 sediada
00:30tidak mempunyai peruntukan khusus berhubung perlindungan kepada pemberi maklumat
00:34Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Akta 711 pula
00:39tidak terpakai kepada penguatkuasaan MYCC
00:41kerana tindakan di bawah Akta Persaingan 2010 adalah bersifat sivil
00:46manakala Akta 711 hanya meliputi pendedahan berkaitan kesalahan tata tertib dan jenayah
00:52Jadi Akta 711 tersebut tidak boleh terpakai untuk perkara-perkara yang terkait dengan persaingan
01:01dan sesuai kita wujudkan peruntukan khas untuk memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat
01:08di dalam Akta Persaingan
01:10dan yang kedua adalah untuk memberikan ganjaran juga kepada mereka yang memberikan maklumat tersebut
01:18pelindungan dan juga ganjaran
01:20jadi ini antara reformasi undang-undang dan institusi yang akan kita laksanakan
01:27bukan hanya kita laksanakan reform terhadap Akta Persaingan tersebut
01:34memperkemas lagi kerangka perundangan terkait dengan persaingan
01:38tetapi juga reform terhadap institusi seruan jaya persaingan itu
01:44supaya akhirnya kita dapat menggerakkan usaha
01:48mengekak sebarang bentuk katel di bawah undang-undang persaingan
01:55Tambah armizan kelulusan di peringkat dasar itu sudah pun dipersetujui Kabinet
02:00selepas pelbagai sesi libat urus diadakan termasuk mendapatkan pandangan kementerian terlibat
02:05katanya lagi kerajaan kini dalam proses membawa pindaan tersebut
02:09untuk dibentangkan kepada jemaah menteri sebelum dibawa ke parlimen
02:13beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian
02:17surat persefahaman antara kementerian belia dan sukan KBS
02:20serta MYCC di Putrajaya pada Khamis
02:23Terima kasih
Comments

Recommended