Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Siasatan oleh Pejabat Pesuruhjaya Informasi (ICO) mendapati Reddit tidak "menggunakan sebarang mekanisme jaminan umur yang teguh" dan oleh itu tidak mempunyai asas yang sah untuk memproses maklumat peribadi kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Badan pemerhati data Britain mengenakan denda 14.47 juta pound, kira-kira 76 juta ringgit, ke atas platform media sosial
00:10Amerika Syarikat, Reddit.
00:12Tindakan itu diambil kerana Reddit menggunakan maklumat peribadi kanak-kanak yang menyalahi undang-undang.
00:20Siasatan Pejabat Pesuruhjaya Informasi ICO mendapati Reddit tidak menggunakan sebarang mekanisme jaminan umur yang teguh dan oleh itu tidak mempunyai
00:29asas sah untuk memproses maklumat peribadi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.
00:35Badan kawal selia itu juga mendapati Reddit gagal melaksanakan penilaian impak perlindungan data yang diperlukan sebelum Januari 2025.
00:44Menurut ICO, kegagalan itu membawa kepada pemprosesan data kanak-kanak yang menyalahi undang-undang dan mendedahkan mereka kepada kandungan berbahaya.
00:55Benyifatkan amalan privasi syarikat itu sebagai tidak boleh diterima, Pesuruhjaya Informasi United Kingdom UK, John Edwards, mengkritik Reddit kerana gagal
01:05memenuhi kewajipan undang-undang untuk melindungi data kanak-kanak selain memastikan persetujuan pengguna yang cukup.
01:12Langkah itu susulan pertimbangan Britain baru-baru ini untuk mengetatkan sekatan ke atas penggunaan platform media sosial oleh kanak-kanak.
Comments

Recommended