00:00Jualan kereta berjenama Proton dan Produa kekal mendominasi pasaran domestik sebanyak 61% untuk tempoh 2020 hingga 2025 menurut Kementerian
00:11Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI.
00:14Selain dua pengeluar nasional itu, empat jenama kenderaan Jepun iaitu Toyota, Honda, Mazda dan Mitsubishi terus menguasai pasaran domestik sehingga
00:2426% pada 2020 yang meningkat kepada kira-kira 30% pada 2021 serta 2022.
00:33Bagaimanapun, jenama Jepun mula menunjukkan tren penurunan secara purata kepada 26.2% bagi 2023 sehingga 2025.
00:42Walaupun peratusan penguasaan pasaran keseluruhan untuk keempat-empat jenama kenderaan Jepun tersebut adalah hampir sama bagi 2021 dan 2022, jumlah
00:53nilai jualan kenderaan keseluruhan membabitkan semua jenama tersebut meningkat sebanyak RM9.5 bilion.
00:59Ia menunjukkan wujudnya peralihan dalam permintaan pengguna kepada segmen kenderaan lebih bernilai dan berteknologi tinggi termasuk segmen kenderaan utiliti sukan
01:09SUV dan model dengan spesifikasi lebih premium.
01:14MITI berkata demikian menerusi jawapan bertulis di Lama Sawang Dewan Rakyat.
01:18Kementerian itu menjawab soalan daripada Oscar Link Chayu, PH Shibu tentang jumlah nilai berbanding dengan bilangan jualan tahunan kereta Proton,
01:26Produa, Toyota, Honda, Mazda, Mitsubishi dan Cherry berdasarkan 2020 hingga 2025.
01:33Sementara itu, MITI maklumkan jumlah jualan keseluruhan merangkumi semua jenama Jepun mula menunjukkan tren penurunan pada 2023 yang mungkin dipengaruhi
01:43oleh dasar kerajaan yang menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik EV melalui pemberian insentif cukai kepada EV bermula tahun 2022.
01:52Insentif ini telah menarik lebih banyak pemain baru khususnya pengeluar EV dari China termasuk jenama global seperti Tesla dan BYD
02:00untuk masuki pasaran tempatan.
02:02Katanya, situasi ini secara langsung memberi kesan kepada pengeluar kenderaan negara Jepun yang tidak menawarkan model EV.
02:10Selain itu, MITI berkata syarikat Cherry turut menceburi pasaran tempatan pada 2023 dengan memulakan operasi pemasangan tempatan di kilang Inokom
02:19selain menunjukkan peningkatan jualan secara ketara daripada 4,649 unit pada 2023 kepada 20,427 unit pada 2024 dan melonjak
02:31kepada 33,136 unit pada 2025.
02:35Terima kasih telah menonton!
02:36Terima kasih telah menonton!
Comments