Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kestabilan ekonomi negara termasuk nilai ringgit yang memberangsangkan memberi kesan positif bukan sahaja kepada negara, malah kepada rakyat keseluruhannya.
Transcript
00:00Pengukuhan ekonomi termasuk peningkatan nilai ringgit telah memberi kesan positif kepada negara dan rakyat.
00:07Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan,
00:11kestabilan ekonomi bukan sahaja menyokong pertumbuhan negara, tetapi juga memperkukuh perpaduan rakyat.
00:21Tentunya feel good factor ini akan menjadikan rakyat Malaysia dengan pelbagai latar belakang akan terus bersatu
00:31dan mendukung cita-cita kerajaan bagi mengujukkan perpaduan yang terbaik.
00:39Kita tahu bahawa indeks perpaduan telah diumumkan oleh Kementerian Perpaduan semalam
00:44dan kita mengucapkan tahniah kepada negeri-negeri yang menduduki indeks keharmonian yang baik
00:53dan kita mahu agar bukan hanya negeri-negeri berkenaan sahaja, malah seluruh negara
00:59akan berada dalam satu indeks keharmonian dan perpaduan serta kefahaman pelbagai kaum yang baik.
01:08Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa UMNO pada Khamis.
01:13Zahid yang juga Presiden UMNO menekankan bahawa rakyat dari pelbagai latar belakang
01:19perlu mengekalkan semangat perpaduan dan menghormati kepelbagaian budaya serta agama.
01:26Selain itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi negara dijangka terus berdaya tahan pada suku ke-2 2026
01:34dengan indeks pelopor IP Disember 2025 meningkat sedikit kepada 114 mata berbanding 113.9 mata tahun sebelumnya.
01:46Zahid berkata data berkenaan memberi keyakinan kepada rakyat dan pelabur
01:50bahawa Malaysia mampu menghadapi cabaran global.
01:54jakah Malaysia mampu menghadapi keprialkan FREE
Comments

Recommended