00:00Isu kemasukan sisa plastik dan sisa elektronik iwis ke negara ini
00:04memerlukan tindakan segera serta penyelarasan menyeluruh
00:08antara agensi penguatkuasa.
00:10Ketua Pesuruh Jaya Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM
00:14Tan Sri Azambaki berkata, ketika ini siasatan dan pelupusan
00:18membabitkan lebih 800 kontena iwis sedang dijalankan
00:22dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar JAS,
00:26Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia AKPS,
00:29Jabatan Kastam Diraja Malaysia JKDM serta Polis Diraja Malaysia PDRM.
00:36Mengambil contoh di Pelabuhan Kelang, beliau berkata AKPS berperanan sebagai penyelaras
00:42manakala JKDM, PDRM dan JAS akan hadir ke lokasi sekiranya terdapat maklumat atau aduan.
00:49Menurutnya, bagi laluan darat pula, PDRM akan menggabungkan
00:53mana-mana agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.
00:56Ujar beliau pihaknya juga sedang meneliti cadangan moratorium dan pandangan
01:01mengenai perkara itu akan dibawa ke Mesyuarat Jawatan Kuasa Tata Kola
01:05JTK National yang dipengerusikan Perdana Menteri.
01:10Dalam pada itu, Komander Kawalan dan Perlindungan Sempadan AKPS,
01:14DCP Datuk Nik Izani Muhammad Faisal berkata,
01:17pihaknya mengambil tindakan tegas dengan menahan kontena yang disyaki
01:20mengandungi e-waste sehingga pengesahan dibuat oleh JAS.
Comments