Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Kerajaan Johor mengingatkan rakyat agar berwaspada terhadap penipuan membabitkan Bantuan Kasih Johor. Akaun palsu dikesan menggunakan teknologi AI bagi meniru wajah dan suara Exco negeri. Polis dan SKMM sedang menyiasat kegiatan itu.
Transcript
00:00Menteri Besar Johor, Dato'an Hafiz Ghazi, mengiakkan rakyat di negeri itu agar berwaspada dengan kegiatan peripuan atau skama membabitkan
00:09bantuan kasih Johor BKJ yang dilakukan sedang berleluasa.
00:13Beliau berkata segala maklumat rasmi berkaitan BKJ hanya akan diumum melalui saluran rasmi kerajaan negeri Johor.
00:21Justeru beliau menasihati rakyat agar sentiasa membuat semakan dan tidak menekan pautan mencurigakan atau berkongsi maklumat peribadi kepada mana-mana
00:29pihak yang tidak sah.
00:30Beliau memandang serius pendedahan pihak polis berhubung kewujudan 12 akaun TikTok yang disyaki menyalahgunakan teknologi kecerdasan buatan bagi meniru wajah
00:40dan suara ex-co kerajaan negeri untuk memperdaya rakyat.
00:43Wan Hafiz juga berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempermainkan kebajikan rakyat dan merakamkan perhargaan
00:52kepada polis diraja Malaysia yang bekerjasama dengan Suruhan Jaya Komunikasi dan Mati Media Malaysia bagi mengesan dalang disebalik akaun terbabit.
01:00Sebelum itu, Ketua Polis Johor Dato' Abdul Rahman Arsad mengesahkan menerima laporan daripada Pengurusi Jawatan Kuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan
01:08Masyarakat Johor Khairin Nisa Ismail Elias Maton yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Serum pada Jumaat lepas.
01:16Beliau berkata sasatan awal mendapati akaun terbabit beroperasi di luar negara dan dipercayai digunakan bagi mencuri maklumat peribadi.
01:23Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata tiada laporan polis dibuat oleh mangsa yang kehilangan wang akibat penipuan itu setakat ini dan kes
01:30disiasat mengikut Seksyen 420511 Kanun Kesiksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mati Media 1998.
Comments

Recommended