Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Penyampai berita AS Savannah Guthrie menawarkan ganjaran AS$1 juta untuk maklumat mengenai kehilangan ibunya yang diculik, sambil pihak berkuasa menyiarkan imej suspek bertopeng yang dilihat di rumah mangsa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penyampai berita Mekasyarikat, Savannah Guthrie pada selasa menawarkan ganjaran 1 juta dolar Amerika bagi maklumat yang dapat membantu bawa pulang
00:09ibunya yang diculik dari rumahnya 24 hari lalu.
00:12Dalam satu hantaran Instagram yang penuh emosi, Guthrie merayu pihak yang mempunyai maklumat supaya segera tampil.
00:20Beliau turut mengakui kemungkinan bahawa ibunya mungkin tidak lagi hidup.
00:24Hantaran itu turut berkongsi butiran talian tip dan ganjaran berkenaan.
00:28Guthrie turut mengumumkan sumbangan 500 ribu dolar Amerika kepada pusat kebangsaan bagi kanak-kanak hilang dan dieksploitasi sambil menggesa sokongan
00:37untuk keluarga lain yang mengalami tragedi yang sama.
00:41Kes kehilangan ibu Guthrie yang disiasat pihak berkuasa sebagai penculikan untuk wang tebusan telah menarik perhatian dunia.
00:48Setakat ini, pihak penguatkuasa belum memberikan sebarang kemas kini baharu mengenai siasatan itu.
00:53Sebelum ini, pihak berkuasa mengeluarkan imej individu bertopeng dan bersenjata yang dilihat mengusik kamera pintu di rumah Nancy Guthrie, ibu
01:01kepada Savannah.
01:03Foto dan rakaman video yang dikeluarkan oleh FBI dan Jabatan Syarif Pima County menunjukkan seorang individu memakai pelitup muka, sarung
01:11tangan, bek galas serta apa yang kelihatan seperti sarung pistol.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended