Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
KKM mengingatkan orang ramai agar segera menjalani saringan tibi dan mendapatkan rawatan awal bagi mencegah penularan. Individu bergejala juga disaran memakai pelitup muka serta menjaga imuniti untuk melindungi komuniti berisiko.
Transcript
00:00Masyarakat digesa segera menjalani saringan awal bagi mengesan penyakit tuberculosis atau TB serta mengamalkan gaya hidup sehat bagi memastikan imuniti
00:08badan berada pada tahap optimum untuk mencegah jangkitan itu.
00:12Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan atau Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Dr. Ismuni Buhari,
00:17tindakan mendapatkan rawatan segera dan pengesanan awal adalah kunci utama bagi membolehkan pesakit sembuh sepenuhnya sekaligus memutuskan rantaian jangkitan dalam
00:26komuniti.
00:26Beliau berkata status jangkitan TB di negara ini kekal stabil pada kadar antara 61 hingga 80 kes bagi setiap 100
00:34,000 penduduk sejak 2015.
00:36Namun, orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan tidak bersikap terlalu selesa.
00:41Selain itu, Dr. Ismuni menasihati individu yang bergejala supaya memakan pelitup muka atau menjalani saringan sebelum menghadiri aktiviti kemasyarakatan khususnya
00:51di ruang tertutup bagi melindungi individu lain yang mempunyai imuniti rendah.
00:55Sementara itu, Pakar Perunding Respiratory Hospital Raja Perempuan Zainab II, Datuk Dr. Matzuki Matjahid berkata,
01:02penting juga untuk mengesan TB pendam iaitu keadaan di mana kuman berada dalam badan tanpa menunjukkan sebarang gejala.
01:10Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended