Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Dewan Rakyat hari ini menumpukan persoalan mengenai kelangsungan bekalan makanan, pengurusan program matrikulasi, perlindungan akses awam serta peranan MBOT dalam pembangunan tenaga mahir negara.
Transcript
00:00Isu melibatkan infrastruktur awam, jentera, bekalan makanan, sistem matrikulasi serta pembangunan tenaga mahir dijuangkan menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
00:10Ia akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan yang dijadual bermula 10 pagi.
00:16Ahli Parlimen Batu, Prabakaran M. Parameswaran meminta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menjelaskan
00:22sama ada kerajaan akan membenarkan jalan raya yang dibina di atas tanah kerajaan dijual atau diserahkan kepada pihak swasta.
00:30Beliau juga meminta penjelasan mengenai mekanisme perlindungan akses awam bagi mengelakkan sebarang sekatan terhadap pengguna jika infrastruktur tersebut diurus pihak
00:38swasta.
00:40Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan pula meminta penjelasan daripada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengenai langkah kerajaan menjamin kesinambungan bekalan
00:48makanan negara
00:49khususnya ketika berlaku banjir dan perubahan iklim yang menjejaskan pengeluaran hasil pertanian.
00:55Turut dibangkitkan isu berkaitan pengurusan program matrikulasi.
00:58Ahli Parlimen Kuala Kerai, Tuan Haji Abdul Latif Abdul Rahman meminta Menteri Pendidikan Tinggi menjelaskan
01:04pelan tuntas pemindahan pengurusan program matrikulasi daripada KPM kepada KPT.
01:10Beliau turut menyoal sama ada penyelarasan tersebut mampu mengurangkan birokrasi,
01:15menjematkan kos operasi serta menjamin kualiti kemasukan pelajar ke universiti awam tanpa menjejaskan kuota sediada.
01:21Sementara itu, Ahli Parlimen Gopeng Tuan Tan Kar Hing mengemukakan soalan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
01:28mengenai peranan MBOT dalam memposisikan dirinya sebagai peneraju pembangunan industri TVET.
01:34Beliau menekankan kepentingan MBOT dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga pakar dan pekerja berkemahiran tinggi
01:40bagi memenuhi keperluan industri negara.
01:43Mesyuarat pertama, Penggal kelima Parlimen ke-15 2026 berlangsung dari 19 Januari hingga 3 Mac 2026.
Comments

Recommended