Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia serta Majlis Bandaraya Diraja Klang melakukan serbuan di sebuah bangunan terbiar dan rumah usang yang dijadikan sebagai lokasi aktiviti pelacuran.
Transcript
00:00Waktu siang bulan Ramadan dicemari dengan aktiviti pelacuran yang berselindung di sebalik bangunan terbiar dan rumah usang di jalan kamp
00:08di Kelang digempur pada Selasa.
00:11Serbuan bermula kira-kira jam 1.15 minit petang dijalankan bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat D7, Jabatan Siasatan Jenayah,
00:19Ibu Pejabat Polis Kontingen Selangor dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia serta Majlis Bandaraya di Raja Kelang.
00:37Tinjauan Nesro Awani mendapati terdapat pemasangan dinding partisyen haram sebagai bilik kecil bagi aktiviti seks di premis terbabit.
00:47Biarpun keadaan bangunan yang kotor, berhabuk serta berbau.
00:52Selain itu, terdapat pintu rahsia bagi membolehkan mereka melarikan diri sekiranya diserbu.
01:01Turut ditemukan tisu dan kondom di premis terbabit.
01:07Ketika serbuan, terdapat beberapa cubaan wanita untuk melarikan diri selain penghuni yang enggan memberi kerjasama membuka pintu.
01:17Seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Mimi mendakwa.
01:21Dia menawarkan aktiviti seks sejak dua bulan lalu dengan harga RM70.
01:29Katanya bilik berkenaan disewanya dan bayar kepada seorang lelaki setiap bulan.
01:35Dia juga mendakwa kebiasaannya dia menerima lima pelanggan sehari dalam kalangan warga tempatan dan asing.
01:44Dia juga mendakwa mengambil dadah yang dibeli RM50 untuk sekali hisap.
01:50Dalam serbuan terbabit, seramai 23 orang ditahan terdiri 17 wanita dan seorang lelaki berpakaian wanita disyaki pelacur, seorang penjaga dan
02:01empat pelanggan.
02:02Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Kelang Selatan untuk proses dokumentasi.
Comments

Recommended