00:00Baik, kerajaan tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan susulan keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat berhubung tarif timbal balik.
00:07Sebaliknya akan bernilai secara menyeluruh demi mempertahankan kepentingan negara.
00:12Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan gesaan supaya Malaysia menilai semula pendirian berdasarkan keputusan mahkamah itu adalah wajar.
00:22Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat ini dijangka menilai semua aspek secara menyeluruh.
00:28Beliau menambah, perkara utama ialah memastikan kepentingan ekonomi dan perdagangan Malaysia terpelihara sambil mengambil kira bagaimana negara-negara lain memberi
00:36respons serta kedudukan dasar domestik di Amerika Syarikat.
00:40Yang saya nak tanya, mengapa kita nak terburu-buru kerana Mahkamah Agung Amerika putuskan tiga hari yang lalu, hari ini
00:47kita kena putus ikut keputusan Mahkamah Agung.
00:49Saya tidak setuju. Saya katakan apapun keputusan kita, kita kena ceriti.
00:55Kata Perdana Menteri, pentadbiran Amerika masih mempunyai beberapa peruntukan lain yang boleh digunakan dalam urusan perdagangan, termasuk Seksyen 232 dan
01:03301 dalam Akta Pengembangan Perdagangan 1962 dan Akta Perdagangan 1974.
01:10Selain kuasa Kongres yang masih belum dipastikan sama ada akan memperakui atau mengambil pendirian berbeza terhadap keputusan mahkamah tersebut.
01:18Beliau menegaskan, Malaysia tidak akan mempertikaikan sebarang keputusan yang telah dimuktamadkan.
01:22Namun ketika ini, beberapa perkara masih tergantung dan diperdebatkan dari sudut perundangan di Amerika Syarikat.
Comments