00:00Seorang warga Britain antara 19 maut manakala 25 lagi mangsa cedera selepas sebuah bas ekspres terjunam ke dalam gaung di
00:09Nepal awal pagi Isnin.
00:11Menurut pihak berkuasa tempatan, bas itu dalam perjalanan dari Bandar Peranginan Pohara menuju ke Ibu Negara Kathmandu menerusi Lebur Raya
00:19Pridvi yang melalui kawasan pergunungan.
00:24Bas berkenaan tersadai di tebing sungai Trisuli, kira-kira 80km dari barat Kathmandu. Setakat ini hanya sembilan mayat berjaya dikenalpasti.
00:35Seorang warga China dilapor sedang menerima rawatan di National Trauma Center di Kathmandu, manakala seorang lagi warga China dilapor hilang
00:43dalam insiden terbabit.
00:45Pihak polis kini sedang menyiasat punca kemalangan.
00:48Sebelum ini pada tahun 2024, dua bas yang membawa 65 penumpang terjatuh ke sungai sama dan dihanyutkan arus deras dengan
00:57kebanyakan mangsa maut atau masa hilang.
01:01Kemalangan bas dilaporkan kerap berlaku di Nepal, lazimnya berpunca daripada keadaan jalan dan kenderaan yang kurang diselenggara.
01:09Negara Himalaya itu sebahagian besarnya diliputi kawasan pergunungan dan dihubungkan dengan jalan raya sempit serta berliku.
01:18Terima kasih.
Comments