Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Jika Perdana Menteri sedia ada memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) dan dilantik semula, beliau masih boleh memegang jawatan itu, namun baki tempoh yang dibenarkan adalah berdasarkan had keseluruhan 10 tahun.
Transcript
00:00Pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri akan mengambil kira tempoh perkhidmatan yang telah dilalui sebelum ini.
00:10Menteri di Jabatan Perdana Menteri undang-undang dari Formasi Institusi Datuk Seri Azalina Osman Syed berkata,
00:15merusi pindaan itu had maksimum 10 tahun akan dikira secara retrospectif atau kebelakang, termasuk terhadap penyandang dan bekas Perdana Menteri.
00:27Menurut Azalina, jika Perdana Menteri sedia ada memenangi pilihan raya umum dan dilantik semula,
00:32beliau masih boleh memegang jawatan itu, namun bagi tempoh yang dibenarkan adalah berdasarkan had keseluruhan 10 tahun.
00:40Kalau katakan yang mak bomat Perdana Menteri PMX, dia menang pilihan raya yang ke-16, dia nak jadi Perdana Menteri
00:49sekali lagi, boleh.
00:50Tapi kalau tahun ini dia tinggal 7 tahun je lah. Bukannya nak bagi dia 10 tahun lagi, tak dia tinggal
00:567 tahun.
00:57Mungkin Tansi Muhyiddin, Pago, kalau jadi Perdana Menteri dia menang mungkin dia tinggal 8 tahun.
01:03Kemudian siapa? Bera mungkin tinggal 9 tahun.
01:08Mungkin ada individu itu langsung tak boleh lah sebab dia dah lepas 10 tahun.
01:11Beliau berkata demikian kepada pemberita, selepas sesi taklimat Menteri mengenai RUU Perlembagaan Pindaan 2026 di Parlimen pada Isnin.
01:19Azalina menjelaskan langkah itu bertujuan memastikan pelaksanaan had tempoh jawatan Perdana Menteri dibuat secara menyeluruh dan adil, selaras dengan cadangan
01:28pembaharuan institusi.
01:29Beliau bagaimanapun menambah, jika RUU berkenaan diluluskan kelak, ia boleh dipinda semula mengikut kerajaan semasa yang mentadbir.
01:36Mengenai sejauh mana beliau optimis RUU berkenaan akan diluluskan, Azalina berkata beberapa cadangan pindaan akan diperhalusi menerusi sesi pertemuan lanjut
01:45bersama semua blok parti dalam masa terdekat.
01:48Pertemuan itu dijangka diadakan dalam tempoh seminggu ini bagi mendapatkan maklum balas terkini daripada setiap parti.
01:55Ahli Parlimen Pengerang itu menegaskan sokongan rentas parti penting dalam memperkukuh agenda reformasi
02:01serta memastikan tatbir urus negara dilaksanakan secara lebih bertanggungjawab dan berintegriti.
Comments

Recommended