Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Tertuduh didakwa menerima wang suapan secara berperingkat antara RM200 hingga RM2,200 daripada dua individu, iaitu pengurus akaun dan penyelia tapak sebuah syarikat pembinaan.
Transcript
00:00Dan seterusnya, seorang pembantu operasi Jabatan Kerja Raya JKR Negeri Sabah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Khas Rasuah Tawau
00:09hari ini atas 39 pertuduhan menerima suapan berkaitan kerja penyelenggaraan jalan di daerah Tawau.
00:17Tertuduh Abdul Rahim Saleh, 59 tahun, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Elsie Primus.
00:26Mengikut pertuduhan, Abdul Rahim yang bertugas di JKR Cawangan Tawau didakwa menerima wang suapan secara berperingkat antara RM200 hingga RM2
00:38,200 daripada dua individu iaitu pengurus akaun dan penyelia tapak sebuah syarikat pembinaan.
00:45Suapan berkenaan sebagai dorongan supaya tidak memantau dan menyelia kerja-kerja berkaitan kontrak nambul HQ.46 Palang 2019 Kurungan S
00:57iaitu penyelenggaraan Jalan Sungai Mas, Jalan Maria dan Jalan Mul Tawau yang dilaksanakan syarikat terbabit.
01:05Kesalahan didakwa dilakukan antara 5 Mei 2020 hingga 1 Ogos 2022 di sekitar daerah Tawau termasuk di sebuah bank di
01:14Jalan Utara.
01:16Kes dikemukulkan mengikut Seksyen 17 Kurungan A Akta Suhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24
01:24Kurungan 1 Akta Sama.
01:26Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan
01:36atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
01:40Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Wardah Ishar manakala tertuduh diwakili Peguam Nul Hafizah Husna.
01:49Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan 2 penjamin tempatan dan RM15,000 daripadanya dibayar secara tunai.
01:59Mahkamah turut menetapkan beberapa syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM Tawau sebulan sekali tidak mengganggu saksi
02:09pendawaan dan dilarang memohon pasport atau dokumen perjalanan antarabangsa.
02:14Mahkamah menetapkan 11 Mei 2026 untuk sebutan semula kes bagi tujuan pengurusan kes.
Comments

Recommended