00:01CIMB Securities kekal optimis terhadap prospek pasaran ekuiti Malaysia bagi 2026 disokong pertumbuhan pendapatan korporat yang stabil, ketahanan ekonomi serta
00:12momentum menjelang pilihan raya umum ke-16 PRU-16.
00:16Firma penyelidikan itu baru-baru ini membentangkan strategi dan prospek ekonomi 2026 kepada kira-kira 245 pelabur tempatan dan asing.
00:27Antara faktor utama ialah jangkaan pertumbuhan pendapatan korporat sebanyak 6.4% pada 2026 sekaligus menandakan tahun keempat berturut-turut
00:38peningkatan keuntungan syarikat tersenarai.
00:40Pada masa sama, CIMB Securities meramalkan keluaran dalam negara kasar KDNK Malaysia berkembang 4.4% tahun depan disokong permintaan
00:52bromestik yang mampan dan persekitaran pelaburan yang lebih stabil.
00:55Firma itu turut menjangkakan pengukuhan ringgit yang berpotensi menarik semula aliran masuk dana asing ke pasaran tempatan.
01:03Dari sudut sentimen pasaran, CIMB Securities melihat kemungkinan berlakunya Rally Pra-PRU 2016 mengambil kira sejarah prestasi FTSE Bursa Malaysia,
01:17KLCI yang mencatatkan pulangan positif dalam tempoh 12 bulan sebelum pilihan raya bagi 3 daripada 4 kitaran lalu.
01:24Selain itu, peluasan program gear up kepada 30 syarikat berkaitan kerajaan GLC dengan sasaran permodalan pasaran RM100 bilion dan pulangan
01:35pemegang sahab 7.5%
01:37dilihat mampu menjadi pemangkin tambahan kepada pasaran.
01:40Subungan itu, firma broker berkenaan mengekalkan sasaran akhir tahun FTSE Bursa Malaysia, KLCI pada RM1,772 mata berdasarkan nisbah harga
01:52kepada pendapatan PER 15.8 kali sambil mengekalkan sektor dan saham pilihan utamanya.
01:59Terima kasih kerana menonton!
Comments