Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
KPDN Kuala Lumpur melaksanakan Op Pantau sepanjang Ramadan hingga Aidilfitri bagi memastikan peniaga mematuhi tanda harga jelas, harga munasabah dan penggunaan alat timbang sah, termasuk pemantauan bekalan serta harga barangan keperluan utama.
Transcript
00:00Mewajibkan tanda harga jelas serta tidak menjual barangan dengan harga yang tidak munasabah antara perkara yang difokuskan menerusi op pantau
00:09sepanjang Ramadan sehingga menjelang Aidilfitri.
00:12Menurut pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup KPDN Kuala Lumpur, Muhammad Sabri Seman, op pantau melibatkan pemantauan ke
00:21atas premis peruncit, pasar tani, pasar raya, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri termasuk platform penjualan dalam talian.
00:31Menurutnya, pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan secara berfokus, lebih kerap dan bersasa bagi memastikan tahap pematuhan yang tinggi dalam kalangan peniaga.
00:42Jelasnya sepanjang tempoh tersebut, seramai 99 pegawai dan anggota penguatkuasa KPDN Kuala Lumpur ditempatkan di semua lokasi terlibat.
00:52Melalui penguatkuasaan op pantau, peniaga diwajibkan meletakkan tanda harga dengan jelas pada setiap barangan jualan, tidak menjual barangan pada harga
01:01yang tidak punah sabah serta menggunakan alat timbang dan sukat yang telah ditentu sahkan.
01:06Tambah Mohd Sabri, pihaknya komited untuk terus memperkukuh pelaksanaan inisiatif rahmah melalui pendekatan penguatkuasaan berhemah, pemantauan berterusan serta kerjasama strategik
01:18antara agensi bagi memastikan persekitaran perdagangan yang adil, berintegriti dan kondusif demi kesejahteraan pengguna dan peniaga.
01:27Sebelum itu, dalam satu kenyataan di Facebook rasmi KPDN, kementerian itu memaklumkan op pantau dilaksanakan bermula 19 Februari sehingga 30
01:37Mac.
01:37Operasi itu memberi tumpuan kepada pemantauan bekalan dan harga barangan keperluan utama rakyat pada musim perayaan.
01:45Antara barangan di pantau termasuk gula, ayam, telur ayam, minyak masak, tepung gandum, barangan basah serta bahan membuat kuih muik.
Comments

Recommended