00:00Bertemu kembali, seorang wanita warga emas ditikam anak perempuannya dalam kejadian di kampung segini Inas Johol di Kuala Pilah pada
00:09Jumaat.
00:10Mangsa yang berusia lingkungan 80-an dipercayai ditikam pada bagian leher dengan alat pembuketin.
00:16Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhammad Mustafa Husin berkata,
00:21polis menerima maklumat kejadian daripada orang awam pada jam 7.08 malam.
00:26Jelasnya, orang awam memaklumkan satu kes pergaduhan telah berlaku di lokasi.
00:31Hasil siasatan, suspek telah menikam leher ibunya sendiri menggunakan senjata tajam yang dipercayai alat pembuketin.
00:39Menurutnya, mangsa berusia lingkungan 80-an telah dibawa ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan lanjut
00:45dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil serta masih dalam pemantauan pihak hospital.
00:51Jelasnya, suspek berusia 50-an merupakan anak kandung mangsa telahpun ditahan untuk membantu siasatan.
00:58Motif kejadian masih dalam siasatan dan kemungkinan suspek mempunyai masalah kesihatan mental.
01:04Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau benda berbahaya.
01:13Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi ibu pejabat polis
01:22daerah IPD Kuala Pilah.
Comments