Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Hairuzam Mohmad Amin @ Hamin berkata komitmen itu selari titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menzahirkan kebimbangan bahawa rasuah masih berleluasa seolah-olah tidak lagi dilihat sebagai perbuatan yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai moral.
Transcript
00:00Usaha pencegahan dan tindakan operasi pembantrasan rasuah di Johor akan terus diperkasakan secara progresif,
00:07menyeluruh dan berterusan bagi memastikan gejala itu dapat dibendung dengan lebih berkesan.
00:13Pengarah SPRM Johor, Hairuzza Muhammad Amin alias Hamin berkata,
00:17komitmen itu selari titah yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menzahirkan kebimbangan rasuah
00:23masih berleluasa seolah-olah tidak lagi dilihat sebagai perbuatan bertentangan dengan ajaran agama dan nilai moral.
00:33Katanya SPRM Johor komited terus bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan sistem takbir urus
00:40yang baik serta memperkasakan budaya integriti di negeri itu.
00:45Kenyataan itu dibuat susulan kunjungan hormat Hairuzza Muhammad Amin ke atas Menteri Besar Johor,
00:50Datuk On Hafiz Ghazi di kediaman rasmi beliau pada Rabu.
00:53Hairuzza berkata antara perkara dibincangkan termasuk isu semasa berkaitan rasuah
00:58serta usaha memperkukuh komitmen bersama antara agensi penguatkuasaan dan kepimpinan kerajaan negeri.
01:05Katanya kedua-dua pihak turut menyentuh pelbagai aspek berkaitan integriti dan takbir urus baik di Johor.
01:11Sementara itu, On Hafiz dalam kenyataan sama menyarankan agar seluruh penjawat awam negeri
01:17sentiasa memelihara integriti dalam melaksanakan amanah
01:20serta tidak terlibat sebarang perbuatan meminta atau menerima imbuhan yang boleh menjejaskan ketelusan dan imej perkhidmatan awam.
01:28Terima kasih telah menonton!
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended