00:00Sementara itu, Menteri Luar Iran Abbas Araqchi menjangkakan draf cadangan balas akan siap dalam beberapa hari sesulan rundingan nuklear minggu
00:09ini.
00:10Kenyataan menyusul ketika Presiden Donald Trump beri amaran ia sedang mempertimbangkan serangan ketenteraan terhad.
00:20Abbas dalam satu temubual pada Jumaat memaklumkan draf cadangan balasnya boleh siap dalam dua atau tiga hari untuk diteliti oleh
00:28pegawai tertinggi Iran.
00:30Beliau juga menjangkakan rundingan Amerika Syarikat Iran berkemungkinan berlanjutan dalam tempoh seminggu atau lebih.
00:37Beliau menambah bahawa tindakan ketenteraan akan merumitkan usaha untuk mencapai perjanjian.
00:43Pada hari Kamis, Trump memberi Teheran tempoh 10 hingga 15 hari untuk mencapai perjanjian atau berdepan dengan impak buruk.
00:51Amaran dikeluarkan di tengah-tengah peningkatan aktiviti ketenteraan Amerika di Asia Barat yang mencetuskan kebimbangan terhadap peperangan yang lebih besar.
01:00Sementara itu, Abbas tidak memberikan masa khusus bila cadangan balas Iran akan diserahkan kepada wakil Amerika Steve Witkoff dan Jared
01:09Kushner.
01:10Bagaimanapun, beliau percaya perjanjian diplomatik berada dalam jangkauan dan boleh dicapai dalam tempoh yang sangat singkat.
01:18Dalam rundingan di Geneva minggu ini, Amerika Syarikat tidak menuntut penggayaan uranium sifar dan Iran juga tidak menawarkan untuk menggantung
01:27penggayaan tersebut.
01:28Terima kasih telah menonton!
Comments