Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Sebanyak 37,028 kilogram sisa elektronik (e-waste) terdiri daripada alat kawalan jauh, papan kekunci, mesin kad kredit, unit pemprosesan pusat (CPU), pencetak dan pencetak resit dibawa masuk ke negara ini melalui pengisytiharan palsu.
Transcript
00:00Sebanyak 37,028 kg sisa elektronik e-waste terdiri daripada alat kawalan jauh, papan kekunci, mesin kad kredit, unit pemprosesan
00:11pusat CPU, pencetak dan pencetak risid dibawa masuk ke negara ini melalui pengisytiharan palsu.
00:18Komanda Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, AKPS Pelabuhan Kelang, Datuk Nik Ezani Mohd Faisal berkata, dua kontena yang tiba
00:26pada Disember 2025 dan Februari lalu diisytiharkan sebagai kepingan ABS, cebisan plastik yang biasa digunakan sebagai bahan mentah dalam pembuatan
00:36serta jentera perindustrian.
00:40Pemeriksaan mendapati dua kontena yang mengandungi sisa elektronik termasuk alat kawalan jauh, papan kekunci, mesin kad kredit dan CPU seberat
00:4914,832 kg serta pencetak dan mesin pencetak risid sebanyak 22,196 kg memasuki negara ini pada Disember 2025 dan
01:01Februari 2026.
01:02Pengimportan sisa terjadual adalah dilarang sama sekali di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
01:10Nik Ezani berkata kontena berkenaan disita sementara menunggu notis dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar Selangor dan Jabatan Alam Sekitar untuk dihantar
01:19semula ke negara asal.
01:20Beliau berkata penemuan itu hasil pemeriksaan fizikal ke atas enam kontena yang ditandakan oleh pengimbas kontena Pelabuhan Barat di Pelabuhan
01:28Kelang.
01:29AKPS juga akan terus memperkukuh kawalan dan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi memelihara kedaulatan sempadan dan kepentingan negara.
Comments

Recommended