Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pertemuan itu berlangsung di Seri Negara, ibu negara dan Anwar turut menganjurkan majlis makan malam sempena lawatan Wong.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lawrence Wong, yang dalam lawatan
00:07khas ke Malaysia.
00:09Pertemuan itu berlangsung di Seri Negara dan Anwar turut menganjurkan majlis makan malam sempena lawatan Wong.
00:18Sebelum pertemuan empat mata mereka, kedua-dua pemimpin melawat beberapa galeri di bangunan bersejarah itu termasuk Ruang Merdeka, Galeri Khazanah.
00:28Turut hadir Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Syahrul Anwar Saraman dan Pesuruh Jaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu
00:36Gopala Menon.
00:39Kementerian luar dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan kedua-dua Perdana Menteri dijangka membincangkan kerjasama dua hala dan isu kepentingan bersama
00:46termasuk hasil pemukiman pemimpin pada 4 Disember lalu.
00:50Singapura ialah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion pada 2025, meningkat 1.5%
01:02berbanding 2024.
01:04terima kasih kerana menonton!
01:04Terima kasih kerana menonton!
01:05Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended