00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarihidup KPDN memperluas pelaksanaan Bazar Ramadan Rahmah BRR ke 116 lokasi di seluruh negara
00:09tahun ini.
00:10Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarihidup, Datuk Dr. Fuziah Saleh berkata,
00:15inisiatif itu kesinambungan usaha kerajaan membantu meringankan kos sarihidup rakyat sepanjang Ramadan.
00:22Beliau berkata BRR menyediakan juadah berharga RM5 dan ke bawah dengan penyertaan kira-kira 3,000 peniaga.
00:52Malah program menu rahmah kita berterusan daripada 2023 dan masih kekal di seluruh negara dengan lebih 3,000 peserta yang
01:01masih menawarkan menu rahmah
01:03walaupun mereka tidak mendapat apa insentif.
01:07Tapi dalam kes ini kita menawarkan kad diskaun menu rahmah di mana sepanjang mereka menawarkan jualan itu dengan harga rahmah,
01:16mereka boleh membeli di jualan rahmah dengan harga yang diskaun.
01:20Sementara itu, program Ihsan Foodbank Ramadan turut dilaksanakan secara kerjasama strategik
01:26yang memberi tumpuan kepada usaha menyelamatkan makanan tidak terjual untuk diahgikan kepada golongan memerlukan.
01:33Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Bazar Ramadan Rahmah BRR Peringkat Kebangsaan tahun 2026.
Comments