00:00Malaysia menantikan kerjasama erat dengan kepimpinan baharu Bangladesh dalam memperkukuh serta mengangkat hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.
00:08Menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan
00:16Perdana Menteri Bangladesh yang baharu, Tarik Rahman.
00:21Ia antara lain bagi menyampaikan ucapan tahniah atas mandat besar yang diperoleh beliau dalam pilihan raya Parlimen ke-13 baru
00:29-baru ini.
00:30Anwar turut menzahirkan penghormatan kepada rakyat Bangladesh atas kematangan mereka mempertahankan promosi demokrasi yang berlangsung secara aman dan teratur.
00:39Selain itu, beliau juga mengambil kesempatan menjemput Perdana Menteri Tarik untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada masa yang sesuai.
00:46Perdana Menteri turut berharap hubungan persahabatan Malaysia dan Bangladesh terus diperkukuh demi manfaat bersama kedua-dua negara.
00:54Tarik 60 tahun yang merupakan pengurusi parti nasionalis Bangladesh BNP ialah anak kepada bekas Perdana Menteri Khalid Zia dan bekas
01:02Presiden Zia Rahman.
01:03Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Baharu Bangladesh pada selasa di Parlimen Kebangsaan Jatia Sangsat di Dhaka.
Comments