Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Trump menubuhkan Lembaga Keamanan sebagai sebahagian daripada pelan damai susulan konflik dua tahun antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Transcript
00:00Laporan global di mana ahli-ahli lembaga keamanan berikrar memperuntukkan lebih 5 bilion dolar mereka bagi usaha kemanusiaan dan pembinaan
00:09semula di semenanjung Gaza.
00:11Perkara tersebut dikongsi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menjelang mesyarat pertama badan itu minggu ini.
00:18Menerusi kenyataan di Truth Social, Trump berkata mereka juga telah memberi komitmen untuk menugaskan ribuan anggota dalam pasukan penstabilan antarabangsa
00:27bagi menyokong polis tempatan di Gaza.
00:30Lembaga keamanan hasil cetusan idea Trump dijadwal bermesyarat buat kali pertama pada Khamis di Washington.
00:36Trump menubuhkan lembaga keamanan sebagai sebahagian daripada pelan damai susulan peperangan dua tahun antara Israel dan Hamas yang ditubuhkan bagi
00:46menyelia pembinaan semula dan keselamatan di semenanjung Gaza.
00:49Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menandatangani dokumen mengenai penyertaan Israel ke dalam lembaga keamanan semasa lawatannya baru-baru ini
00:57ke Washington.
Comments

Recommended