Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
MIROS memberi amaran bahawa penunggang motosikal kekal sebagai kumpulan paling berisiko dalam kemalangan jalan raya, khususnya ketika musim perayaan. Faktor perjalanan jauh, keletihan, kelajuan, kebolehlihatan rendah serta pendedahan kepada titik buta kenderaan berat dikenal pasti sebagai antara punca utama peningkatan risiko kemalangan maut.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penunggang motosikal terus menjadi kumpulan paling berisiko tinggi dalam kemalangan jalan raya, khususnya ketika musim perayaan apabila pergerakan balik kampung
00:09meningkat secara mendadak.
00:11Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, MIROS, Profesor Madia Dr. Siti Zahra Ishak berkata,
00:19berdasarkan dapatan dan kajian institusi itu, hampir 70% kematian jalan raya melibatkan penunggang dan pemboncing motosikal.
00:30Menurut beliau, situasi itu menjadi lebih membimbangkan ketika musim perayaan apabila ramai, khususnya golongan muda, memilih untuk pulang ke kampung
00:38menggunakan motosikal bagi perjalanan jarak jauh.
00:41Kita dapati bahawa kalau kita lihat, motosikal ini juga satu dia berada di mana-mana dan bila pelanggaran ataupun perjalanan
00:51ini bercampur mod,
00:52kadang-kadang titik buta itu adalah merupakan taruh risiko lain.
00:57Especially bila dia berdekatan dengan kenderaan komersial, lori ataupun bus,
01:03mana agak suka melihat mereka ini sebenarnya.
01:06Dan setiap kenderaan mempunyai titik buta mereka yang tersendiri,
01:11maka ilmu berkaitan dengan pemanduan motosikal ini perlu penting sebenarnya.
01:17Mereka perlu tahu di mana lokasi yang mereka patut dan tak patut berada.
01:23Miros menjelaskan kajian keselamatan jalan raya mendapati penunggang motosikal bukan sahaja terdedah akibat ketiadaan pelindungan fizikal,
01:30malah sering terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan berat seperti lori dan bas terutama di kawasan titik buta.
01:36Tambah beliau faktor keletihan, jarak perjalanan yang panjang, kelajuan berlebihan,
01:41serta tahap kebolehlihatan yang rendah menyumbang kepada peningkatan risiko kemalangan maut.
01:46Sembangan itu, Miros menasihatkan orang ramai khususnya penunggang motosikal
01:50supaya mempertimbangkan alternatif perjalanan yang lebih selamat semasa musim perayaan
01:54seperti menaiki pengangkutan awam selain memastikan pemakaian kelengkapan pelindungan yang lengkap
02:00dan mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan tragedi di jalan raya.
Comments

Recommended