Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Polis menahan dua wanita tempatan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya dikerat dan dibuang di beberapa lokasi di kawasan tempat pembuangan sampah di Indah Permai, Manggatal pada Khamis.
Transcript
00:00Polis menahan dua wanita tempatan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya dikerat dan dibuang di beberapa lokasi
00:08di kawasan tempat pembuangan sampah di Indah Permai, Menggatal pada Khamis.
00:13Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Abdul Rahman berkata, wanita berkenaan masing-masing berusia 29 dan
00:2121 tahun ditahan di kawasan Sepanggar, Dainanam pada Ahad.
00:27Katanya ini menjadikan keseluruhan tangkapan sebanyak empat orang bermula dengan lelaki tempatan berusia 71 tahun yang ditahan di Unit Kecemasan
00:35Hospital Queen Elizabeth II pada hari kejadian sebelum disusuli penahanan seorang lagi lelaki tempatan berusia 19 tahun di Sepanggar.
00:44Kedua wanita berkenaan merupakan anak kepada suspek utama dan ditahan bagi membantu siasatan berhubung peranan serta pengetahuan mereka berkaitan kejadian
00:53itu.
00:53Beliau berkata polis turut merampas beberapa barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan antaranya telefon bimbit, pakaian, sepasang zarung tangan,
01:03sebilah parang serta sebuah kenderaan jenis Nissan X-Trail.
01:07Pada Khamis lepas, anggota tubuh seorang wanita yang dipercayai dikerat kepada beberapa bahagian ditemukan di tempat pembuangan sampah di Indah
01:15Permai, kira-kira 7 pagi dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
Comments

Recommended