00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Terengganu mengeluarkan 468 saman atas pelbagai kesalahan dalam tempoh tiga hari pelaksanaan OPS khas Tahun Baru
00:10Cina yang bermula 13 Februari.
00:12Pengarah JPJ Terengganu Muhammad Zamri Samion berkata sebanyak 4,963 kenderaan diperiksa termasuk motokar, motosikal, kenderaan perkhidmatan awam dan barangan
00:22dengan 342 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.
00:28Kesalahan tertinggi melibatkan lesen kenderaan motor tamat tempoh iaitu 138 kes, diikuti tiada pelindungan insuran 119 kes dan tiada lesen
00:39memandu kompiten 97 kes.
00:42Kesalahan lain yang mendekatkan jumlah agak tinggi ialah tidak memakai topi keledar, gagal mematuhi isyarat lampu merah serta nombor pendaftaran
00:49dan cermin gelap tidak mengikut spesifikasi.
00:51Muhammad Zamri berkata JPJ Terengganu turut mengeluarkan 83 notis arah periksa dan 220 lain-lain notis dalam operasi itu.
01:01Jelasnya sebanyak 155 pegawai dan anggota pengatkuasa akan bertugas sepanjang tempoh perlaksanaan operasi khas itu dari 13 hingga 22 Februari
01:09yang turut melibatkan rondaan di lokasi terpilih.
01:12Operasi khas itu memberi tumpuan kepada sembilan kesalahan dikenalpasti menjadi penyumbang utama kepada kemalangan serius termasuk memandu melebihi hadlaju dan
01:21memandu di lorong kecemasan.
01:23Kesalahan lain ialah menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar serta membawa lebih muatan dan
01:31muatan berbahaya.
01:32Terima kasih telah menonton!
Comments