Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Dua kanak-kanak antara tiga individu maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di KM25, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk, pada Sabtu.
Transcript
00:00Dua kanak-kanak antara tiga individu maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di kilometer 25 jalan hutan melintang
00:09Bagan Datuk pada Sabtu lalu.
00:11Ketua Polis Daerah Bagan Datuk Sekretenden Muhammad Ali Muhammad Jali berkata kejadian berlaku kira-kira 2, 30 petang.
00:18Katanya kemalangan itu menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia di tempat kejadian
00:24manakala seorang lelaki berusia 26 tahun yang merupakan pemandu kereta serta kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun meninggal dunia di
00:32hospital Teluk Intan.
00:34Kemalangan berlaku apabila lori jenis Mitsubishi Fuso dipandu wanita berusia 41 tahun dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta
00:43jenis Kia Serato
00:45dinaiki sepasang suami isteri, seorang remaja, dua kanak-kanak serta seorang bayi.
00:50Beliau berkata kejadian turut menyebabkan tiga penumpang kereta cedera parah iaitu isteri pemandu yang berusia 24 tahun,
00:57seorang remaja berusia 13 tahun serta bayi berusia 6 bulan itu dengan kesemuanya dirawat di hospital sama.
01:05Kemalangan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987
01:10mandakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Normah Abu Hassan
01:19melalui talian 010-536-4619 bagi membantu siasatan.
01:27Terima kasih.
01:28Terima kasih.
Comments

Recommended