Skip to playerSkip to main content
Resipi Sambal Sardin Daun Kesum yang confirm buat nasi anda bertambah. Rahsianya cuma satu, daun kesum! Aroma wanginya memang lain macam. Hati-hati bila cuba sebab confirm repeat!

SAMBAL SARDIN DAUN KESUM

Bahan-bahan:

2 tin sardin | asingkan ikan sardin dengan kuah
1 ikat daun kesum | ambil daun sahaja
1 biji bawang besar | hiris bulat
1 sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar mushroom sesoning
Garam secukup rasa
1 biji limau nipis

Bahan Kisar:

5 biji cili besar merah
11 biji cili padi merah
11 biji cili padi hijau
15 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
Sedikit daun kesum

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #sambalsardindaunkesum #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Resepi hari ni saya buat khas untuk anda yang suka makan sadin, sambal sadin daun kesum.
00:05Mula-mula kita kisah kasar, cili besar merah, cili pada merah dan hijau, bawang kecil, bawang putih, serai, lengkuas, halia
00:12dan sedikit daun kesum.
00:14Panaskan minyak, tumiskan bahan kisah sampai naik bau dan betul-betul pecah minyak.
00:18Step ni penting dia kalau nak sambal tahan lama dan rasa lebih kau.
00:22Baru tumis pun bau dah cukup wangi.
00:25Lepas tu masukkan sos tiram, pis asam jawa dan kuas sadin yang kita dah asingkan.
00:31Masukkan daun kesum. Inilah hiru utama kita hari ni.
00:34Daun kesum ni bagi aroma wangi yang unik dan buat sambal kita jadi lebih sedap.
00:39Gaul lah hingga sebati.
00:41Perasakan dengan garam dan mushroom seasoning.
00:43Gaul-gaul kejap.
00:45Kemudian masukkan bawang besar yang telah kita hiris.
00:47Bagi rasa manis dan tekstur rangup sikit.
00:50Akhir sekali baru masukkan ikan sadin.
00:52Gaul perlahan-lahan supaya ikan tak hancur.
00:55Perahkan sedikit limau nipis.
00:57Kita ambil air je untuk naikkan rasa segar dan seimbangkan rasa pedas serta masam.
01:01Ok, dah siap sambal sadin daun kesum kita.
01:04Memang ngam makan dengan nasi panas.
01:06Tambah pula telur dadah memang tak cukup sepinggan.
01:09Jangan lupa tonton live memasak kami setiap serasa dan kamis jam 11 pagi.
01:12Selamat mencuba.
01:13Ingat makan, ingat rasa.
01:15Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended