Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Ahli Parlimen Machang, Ahmad Fayhsal kekal sokong Hamzah dan menolak Muhyiddin selepas dipecat Bersatu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ahli Parlimen Macang Wan Ahmad Faizal Warahmat tidak menyesal atau kecewa akibat dipecat oleh Lembaga Disiplin Bersatu pada Jumaat.
00:08Pada masa sama, beliau menyatakan sokongan terhadap Dato' Sri Hamzah Zainuddin selaku timbalan Presiden yang dipecat bersamanya dan menolak Presiden
00:16Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
00:19Dalam satu kenyataan terbaru di Facebook miliknya, Wan Faizal berkata keputusan tersebut bukan lahir daripada emosi tetapi berpaksikan tuntutan agama
00:28serta amanah kepimpinan yang dipikul.
00:30Beliau turut mendakwa dari sudut kepimpinan Muhyiddin sering berlepas tangan dan urusan parti digerakkan oleh Hamzah.
00:37Tambahannya, Muhyiddin seolah-olah enggan mengambil peduli terhadap sensitiviti pengundi Melayu Islam yang jelas menolak pemimpin berakhlak buruk.
00:44Wan Faizal turut berkongsi bagaimana dalam tempoh tiga tahun, beliau pernah menasihati dan membuat tekuran dalam pertemuan pribadi bersama Muhyiddin.
00:52Penyataan sama turut menyatakan permohonan maaf kepada Muhyiddin dan semua ahli bersatu.
00:57Pada masa sama, beliau tegaskan keadaan ini bukan sifat parti yang amanah dan bermaruah.
01:02Tambahnya, segala yang dibina atas dasar perjuangan Islam dan integriti kini dikorbankan demi kerakusan kuasa dan keinginan untuk mempertahankan individu
01:10yang telah hilang arah moral.
01:12Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus pemimpin mana dimasukkannya itu walaupun menegaskan tindakan tersebut dilihat melemahkan kekuatan dan persiapan Perikatan
01:20Nasional, khususnya jentera PAS, menitikberatkan nilai agama dalam politik.
01:25Wan Faizal turut digantung keahliannya selama sepenggal pada Oktober lalu.
01:29Selain Wan Faizal dan Hamzah, lembaga disiplin bersatu turut memecat 14 ahlinya melibatkan empat ahli parlimen iaitu Fatul Huzi Ayub
01:37dan Kapten Azhari Hassan beserta dua ahli Dewan Undangan Negeri yang lain.
Comments

Recommended