00:00Baik ini pula isu Rusia dan Ukraine. Kremlin maklumkan pusingan seterusnya bagi rundingan damai antara Rusia dan Ukraine akan diadakan
00:07dari 17 hingga 18 Februari di Geneva, Switzerland.
00:11Judit cakap Kremlin Dmitry Peskov berkata, rundingan itu bagi menggerakkan usaha menyelesaikan konflik berpanjangan di Ukraine.
00:21Katanya penyelesaian isu Ukraine juga akan berlangsung dalam format tiga pihak bermula 17 hingga 18 Februari.
00:28Beliau berkata, delegasi Rusia pada rundingan akan datang itu akan diketuai oleh pembantu Presiden Vladimir Medinsky.
00:36Sebelum itu, Peskov mengesahkan bahawa persetujuan telah dicapai untuk mengadakan pusingan rundingan damai pada minggu depan namun tidak memberikan butiran
00:45lanjut.
00:46Rusia dan Ukraine telah mengadakan dua pusingan rundingan damai yang diusahakan oleh Amerika Syarikat di Abu Dhabi, Emirah Arab Persatu
00:54UAE pada Januari dan awal bulan ini.
00:57Hasil daripada rundingan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan pertukaran tawanan perang yang pertama dalam tempoh lima bulan.
01:06Perbincangan mengenai pusingan baharu rundingan telah menyusul sejak sesi terakhir pada 4 dan 5 Februari dengan Presiden Ukraine, Vladimir Zelensky,
01:14menyatakan ia dijangka berlangsung dari 17 hingga 18 Februari dalam kenyataannya kepada Bloomberg News yang diterbitkan pada Rabu.
01:23Pihak berkuasa Amerika Syarikat belum memberikan sebarang ulasan mengenai kenyataan Peskov,
01:28walaupun penasihat komunikasi Zelensky, Dmitryo Livtin, turut mengesahkan tarikh dan lokasi rundingan itu dalam kenyataannya kepada saluran media Ukraine.
01:37Terima kasih telah menonton!
Comments