Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan kegiatan warga asing yang menyamar sebagai ‘doktor’ dan menawarkan rawatan tanpa lesen selepas menggempur sembilan lokasi di sekitar Pudu dan Jalan Tun Tan Siew Sin. Seramai 18 individu ditahan, manakala pelbagai ubat tidak berdaftar tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan turut dirampas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kegiatan individu warga asing yang menyamar sebagai doktor dan menawarkan perkhidmatan perubatan tanpa lesin temungkar selepas Jabatan Imigresi Malaysia JIM
00:09menggempur sembilan lokasi sekitar Jalan Tun Tan Siu Sin dan Pudu petang Jumaat.
00:16Sebuan yang bermula kira-kira jam 4 petang itu dilaksanakan pasukan taktikal khas atau PASTEK.
00:22bahagian pisikan dan operasi khas JIM dengan kerjasama Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur hasil risikan selama dua minggu.
00:34Timbalan Ketua Pengarah Operasi Imigresi Datuk Loma Effendi Ramli berkata,
00:38seramai 18 warga asing berusia antara 24 hingga 51 tahun ditahan termasuk 6 individu yang berlagak sebagai doktor dan menawarkan
00:47rawatan kepada komuniti warga asing.
00:49Menurutnya, pemeriksaan mendapati premis terbabit berselindung di sebalik perniagaan sah
00:54seperti menjual barangan keperluan harian, kedai kain, kedai makan, kaunter syarikat pelancongan dan kedai gunting rambut di bahagian hadapan
01:02manakala bahagian belakang diubah suai menjadi bilik pemeriksaan dan setua penyimpanan ubat-ubatan tidak berdaftar.
01:09Kebanyakan pelanggan terdiri daripada warga Bangladesh yang mendapatkan rawatan di premis berkenaan kerana charge yang lebih murah dan mudah berkomunikasi.
01:17Beliau berkata, pemeriksaan turut mendapati premis itu membekalkan pelbagai jenis ubat yang sepatutnya memerlukan preskripsi doktor pakar
01:24termasuk ubat kencing manis, darah tinggi, kolesterol, antibiotik dan ubat tahan sakit yang tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan.
01:33Siasatan Awal mendapati ubat-ubatan berkenaan dipercayai dipermasuk ke negara ini dalam kuantiti besar oleh pelancong dari Bangladesh
01:40sebelum diedarkan ke premis terbabit untuk dijual pada harga antara RM50 hingga RM100.
01:46Kesemua 18 lelaki itu terdiri daripada 17 warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar ditahan
01:53atas kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 serta Akta Immigration 1959-63
01:59kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, salah guna PAS dan tinggal lebih masa.
02:05Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended