Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Kabeer Aziz

1. Perkembangan krisis dalaman BERSATU
2. Tahun Baharu Cina: Aliran trafik dijangka meningkat hampir dua kali ganda
3. Polis siasat artikel Bloomberg dakwa pemilikan saham Azam Baki
Transcript
00:25Jangan lupa SUBSCRIBE, LIKE, KOMEN dan SHARE...
00:30...tapi kita tak menggalakkan sangatlah untuk umur Islam kan?
00:33Ya, betul.
00:34Tapi apa salahnya kan Dylan? Nak bagi wish je kan?
00:38Lepas tu nanti girlfriend kata, oh, kenapa tak sambut hari-hari?
00:41Macam tu lah cerita dia, Cici.
00:43Tapi pun hari ni, hari Sabtu bermulalah juga cuti sekolah.
00:49Sekolah juga cuti lama, seminggu.
00:53Isnin sehingga Jumat ini.
00:55Isnin depan baru buka balik.
00:57dan ini saya kira merancakkan lagi cuti perayaan tahun baru Cina
01:02dan juga satu Ramadan yang bakal kita sambut
01:05dan bakal kita lalui pada mungkin 18 bulan ini.
01:09InsyaAllah pada hari Rabu depan.
01:13Betul, Rabu depan.
01:14Saya nak tanya hari.
01:14Ya, betul.
01:15Saya tahu 18 bulan.
01:16Rabu depan, ya.
01:16Memang kita jangkakan cuti ni memang ibu apa, anak-anak memang ramai.
01:20Memang trafik pun kita jangka akan penuhlah di jalan-jalan raya.
01:24Dan kita pun ada laporan daripada trafik iaitu polis telah menjagakan.
01:28Jumlah kenderaan memasuki ibu negara meningkat hampir dua kali ganda.
01:31Bersepena dengan sambutan tahun baru Cina pada 17 Februari ini
01:34selepas pertambahan pergerakan orang ramai untuk pulang ke kampung dan juga membeli belah.
01:38Dan berkata, berdasarkan data harian, lebih tiga juta kenderaan direkodkan
01:42memasuki Kuala Lumpur setiap hari dan jumlah itu dijangka meningkat ketara
01:46menjelang musim perayaan khususnya di kawasan bandar.
01:49Dan perkara ini merupakan cabaran kepada polis dan polis telah mengenalpasti
01:53beberapa kawasan hotspot dan akan menggandakan kawalan keselamatan
01:57termasuk di lokasi tumpuan orang ramai.
01:59Dan polis berkata, polis akan memastikan kelasan trafik melaksanakan ops lancar
02:05bermula dari 11 hingga 22 Februari dengan menempatkan anggota di lokasi strategik
02:09dan menjalankan pemantauan berterusan di 15 lokasi Black Spot dan 30 Hotspot.
02:14Dan lokasi Black Spot yang dikenalpasti adalah Jalan Kucing, Jalan Turazak,
02:18Jalan Sungai Besi, Jalan Damansara, Jalan Kepung dan Lebuh Raya Sultan Iskandar.
02:22Manakala kawasan hotspot pula adalah Bulatan Segambut, Bulatan Kepung,
02:27Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Yap Kwan Seng,
02:31Bulatan Kampung Padan dan Jalan Istana.
02:33Black Spot merujuk pada kawasan yang kerap berlaku kemalangan
02:35atau mempunyai tahap risiko keselamatan jalan raya yang tinggi.
02:38dan hotspot pula ialah lokasi tumpuan orang ramai dan kenderaan yang berpotensi
02:42menyebabkan kesesakan.
02:43Dan sebagainya itu, beliau menasih pengguna jalan raya supaya matuhi peraturan lalu lintas
02:47dan arahan penguatkuasa bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar
02:50sepanjang tempoh perayaan.
02:52Alhamdulillah saya duduk Kelang, so tak ada mention Kelang kat sini.
02:55Mana awak tahu kan?
02:56Tapi Kelang pun mungkin akan jam juga. Biasalah Kelang akan jam juga.
02:59Ini kalau kita tengok laporan ini adalah laporan trafik yang kenderaan ke Kuala Lumpur.
03:06Saya kira macam sejak daripada perayaan di Pabali, tempoh hari merupakan satu tren
03:11bila peningkatan jumlah kenderaan yang datang ke Kuala Lumpur.
03:16Mungkin ramai yang telah tukar plan, mungkin tak nak beraya di kampung,
03:23beraya pula di bandar kan.
03:25Itu mungkin antara yang kita tengoklah sejak kebelakangan ini.
03:29tapi apapun kita nasihatkan kepada anda di luar sana yang kemungkinan sudah pun merancang perjalanan anda
03:35untuk pulang ke kampung, ada yang mungkin dah plan untuk buka puasa
03:39ataupun nak pergi makan besar bersama keluarga, berhati-hati di jalan raya.
03:45Jangan apa ni, jangan speeding lah.
03:49Jangan memandu dengan laju.
03:51Jangan memandu dengan laju.
03:52Biar lambat, asalkan selamat.
03:53Saya pagi tadi, tersempat dengan jiran saya.
03:565 pagi, dah bersiap-siap dia nak pulang ke Johor.
04:01Maksudnya, nak elak trafik dekat situ.
04:04Jadi perjalanan, perancangan perjalanan itu sangat penting.
04:07Kita nak masuk satu topik yang amat besar.
04:09Isu yang sangat besar, saya kira kini diperkatakan ramai
04:14dan juga mendapat reaksi pelbagai.
04:16Ini berkaitan dengan laporan Bloomberg yang menyentuh nama Ketua Pesuruh Jaya,
04:25Suruhan Jaya Perjagaan Rasuah Malaysia, SPRM, Tan Sri Azam Baki
04:28berkaitan dawaan pemilikan saham sebelum ini.
04:32Dan juga kita lihat beberapa berita dah kami kumpulkan, mungkin anda terlepas pandang
04:37yang mana ketika ini, Ketua SPRM, Tan Sri Azam Baki bersedia dan terbuka sepenuhnya
04:44untuk disiasat oleh mana-mana jawatan kuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan
04:49berhubung isu pemilikan saham yang dikaitkan dengannya.
04:52Dalam satu kenyataan yang diedarkan pada Jumaat, Azam Baki menegaskan
04:56beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan
04:59selain memaklumkan bahawa semua pengisytiharaan kewangan serta harta miliknya
05:04telah dibuat mengikut peraturan perkhidmatan awam
05:07melalui saluran rasmi seperti yang diwajibkan kepada setiap penjawat awam.
05:12Dan katanya, saya mengalukan sebarang proses yang telus, bebas dan juga objektif
05:16bagi menentukan fakta berasaskan bukti serta mengikut prinsip keadilan
05:20dan keluhuran doa undang.
05:21Menurutnya, pendekatan itu penting bukan saja untuk mempertahankan integriti peribadi
05:26tetapi juga memastikan keyakinan rakyat terhadap SPRM
05:29sebagai sumber institusi penjagaan rasuah kekal kukuh.
05:32Dan juga Azam turut menegaskan mana-mana individu yang berdepan dawaan
05:35wajar bersikap terbuka dan bersedia untuk disiasat secara bebas dan telus.
05:40Katanya, prinsip ini harus terpakai kepada semua
05:42tanpa pengecualian budaya akauntabiliti
05:44tidak boleh bersifat terpilih ataupun bermusim.
05:48Dan juga Azam menambah bahawa SPRM sentiasa meneliti setiap laporan
05:51atau aduan yang diterima daripada mana-mana pihak
05:54termasuk NGO berdasarkan undang-undang serta fakta yang diperoleh melalui
05:58proses siasatan yang sah.
05:59Dan juga beliau berkata tiada siapa berada di atas undang-undang
06:02dan tiada siapa juga yang harus dihukum melalui persepsi
06:05atau naratif media semata-mata.
06:08Jadi inilah antara ketulusan dan juga integriti yang kita mahu lihat
06:11daripada ketua SPRM sendiri.
06:13dan sehubungan itu juga, jawatan kuasa juga telah ditubuh
06:17untuk menyiasat dawaan yang membabitkan Azam Baki.
06:21Kerajaan telah menubuhkan satu jawatan kuasa khas
06:23bagi menyiasat dawaan terhadap ketua SPRM, Tan Sri Azam Baki
06:26yang dilaporkan memegang sejumlah besar saham
06:29dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan
06:31berdasarkan pemfailan korporat.
06:33Jurusyakit Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fahdia berkata
06:35keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam
06:38sebagai langkah memastikan proses siasatan dilaksanakan secara telus
06:41dan berintegriti.
06:43Menurut beliau, jawatan kuasa khas itu akan diketuai oleh
06:45Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Syamsul Azri Abu Bakar
06:49dan Jemaah Menteri memutuskan supaya satu jawatan kuasa khas ditubuhkan
06:52diketuai oleh Tan Sri KSN bagi menyiasat dawaan
06:55dan perkara-perkara yang telah dibangkitkan berkaitan
06:58Ketua Pesuruh Jaya SPRM.
07:00Dan Fahmi berkata hasil siasatan jawatan kuasa berkenaan
07:02akan dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri
07:05sebelum sebarang tindakan susulan diputuskan.
07:07dan ini adalah dalam usaha untuk memastikan aspek ketulusan
07:10dan integriti dalam proses siasatan sentiasa terpelihara.
07:14Dan untuk sedikit background tentang kes ini
07:16menurut laporan Bloomberg, Azam Baki didakwa memiliki
07:2017.7 juta saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan
07:24tersenarai di Bursa Malaysia berdasarkan pemfailan tahunan syarikat
07:27kepada Suranjaya Syarikat Malaysia SSM pada 3 Februari tahun lalu
07:31dan nilai pegangan tersebut dianggalkan bernilai hampir RM800,000
07:35berdasarkan harga penutupan dagangan pada Isnin.
07:39Jadi inilah antara kes yang panas semalam
07:42dan kita juga, saya rasa sebagai rakyat, kita rasa boleh lebih yakin
07:48bila dapat lihat yang ketua SPRM sendiri pun sedia dan juga berani
07:53untuk terima siasatan yang akan dilakukan terhadapnya
07:56kerana tahun ini dah terlepas kita tengok banyak
08:00Jabatan-Jabatan Awam dan juga nama-nama besar Datuk-Datuk Tanseri
08:04yang sudah pun disiasat oleh SPRM sendiri yang melibatkan
08:07salah guna rasuah, penyelewangan wang dan bila kita lihat
08:11Azam Baki sendiri yang akan disiasat, maksudnya ketelusan itu
08:15sudah ada dan transparansi sudah ada dalam institusi tersebut.
08:19Jadi sebagai rakyat, ia akan meningkatkan keyakinan kita kepada SPRM
08:23dan kita berharap siasatan ini akan berjalan dengan telus
08:26dan akan membersihkanlah nama Azam Baki kerana menurutnya
08:30beliau difitnah oleh Bloomberg News itu sendiri.
08:32Dan juga, Kabir, dalam masa yang sama juga kita melihat
08:35adanya desakan daripada gabungan pilihan raya bersih dan adil
08:40ataupun kita panggil bersih melalui pengurusinya Muhammad Faisal Abdul Aziz
08:44yang menggesa agar Tansi Azam Baki bercuti atau digantung tugas
08:51sementara siasatan dijalankan berhubung dawaan pemilikan
08:54Rp17.7 juta saham dalam sebuah syarikat kata penurusi bersih
08:59langkah itu penting bagi memastikan proses siasatan
09:02berjalan secara bebas, telus dan tidak menimbulkan keraguan
09:05dalam kalangan masyarakat.
09:08Beliau berkata, bagi kami untuk elakkan isu konflik berkepentingan
09:11adalah lebih baik beliau bercuti atau digantung tugas
09:15sekiranya SPRM sendiri yang menyiasat dalam keadaan beliau
09:17masih menjawat jawatan ketua peseru jaya
09:19ia akan menimbulkan persoalan mengenai ketelusan
09:22dan kemungkinan konflik kepentingan.
09:24Siasatan yang benar-benar bebas hanya akan berlaku
09:26sekiranya pendekatan bercuti atau penggantungan tugas
09:29diambil bagi melicinkan proses siasatan ke atas beliau.
09:33Ya betul, apabila saya kira kenyataan yang dikeluarkan oleh bersih ini
09:38dilakukan, ramai rakyat yang bersetuju
09:41ramai rakyat yang juga menggesa supaya Tansi Azam Baki
09:45untuk mungkin bercuti sekejap sementara siasatan dilakukan.
09:49Ini bagi nak pastikan bahawa siasatan yang dilakukan itu
09:53benar-benar menyeluruh, tidak meletakkan beban pada mana-mana pihak
09:58ataupun tidak memberi tekanan kepada mana-mana pihak
10:01selagi Tansi Azam Baki menjalankan tugas sebagai ketua
10:06Pesuruh Jaya Surat SPRM itu mungkin akan boleh menjejaskan
10:10nilai siasatan itu sendiri kan?
10:14Saya rasa memang kalau pendekatan digantung sekejap itu
10:17memang boleh diambil, memang patut diambil
10:18sebab sebelum ini pun banyak yang gesaan adalah untuk pecat
10:21tapi bila Anwar kata, kenapa nak pecat?
10:23Orang buat kerja, betul.
10:24Jadi saya rasa kita pun harus memberi ruang
10:27dan itu juga yang dikatakan oleh Perdana Menteri sendiri
10:29Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana beliau meminta ruang
10:31diberikan kepada jawatankuasa khas yang ditubuhkan
10:34untuk jalankan siasatan terhadap dawaan pemilikan
10:36saham ketua Pesuruh Jaya SPRM dan siasatan akan dijalankan
10:40telus sebelum sebarang tindakan diambil.
10:41Anwar berkata, biar disemak dan dikaji terlebih dahulu
10:44kita perlu tahu sama ada ia serius, ada asas atau tidak
10:47sebelum ambil tindakan dan jangan kerana kita rasa
10:50tertekan atau menjadi mangsa, kita ambil kesempatan
10:53untuk menekan pihak lain. Itu tidak boleh, mesti diteliti dahulu.
10:57Itulah yang dikatakan Anwar dan kita berharap
10:59siasatan ini diberikan ruang, kita berharap
11:03jawatankuasa khas yang ditubuhkan itu boleh melakukan
11:05siasatan yang telus dan memberi kebenaran kepada
11:08kes ini.
11:10Cakap mengenai siasatan, ini artikel ataupun laporan
11:13yang baru kami failkan pagi ini, di mana Polis
11:15Diraja Malaysia PDRM membuka kertas siasatan
11:19berhubung penyiaran artikel diterbitkan oleh Bloomberg
11:22yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah
11:24terhadap ketua pesuruh jaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
11:30Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Bukit Aman, Dato' M. Kumar
11:34mengesahkan menerima laporan polis dan sedang menjalankan
11:37siasatan berhubung penyiaran artikel yang diterbitkan syarikat
11:41media antarabangsa itu.
11:43Dalam satu penyataan, beliau berkata artikel bertajuk
11:45Malaysian Antigraf Chief Returns to Stock After Outcry
11:50yang diterbitkan pada selasa lalu itu mendakwa Azam memiliki
11:53sebanyak 17.7 juta saham dalam syarikat Velocity Capital Partner
11:58Berhad. Siasatan dijalankan oleh unit Siasatan Jenayah Terkelas
12:03USJT bahagian Pendawaan dan Undang-Undang D5 JSJ Bukit Aman
12:07dan katanya kes disiasat di bawah Seksyen 500, Kanun Kesiksaan
12:12dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
12:17ini antara apalah yang kita bawakan pada pagi ini
12:23keadaan terkini berkaitan dengan kes pemilikan saham
12:27oleh Ketua Pesuruh Jaya SPRM Tan Sri Azam Baki
12:31dan perkara ini sebenarnya kalau kita lihat akan mencakupi
12:36beberapa isu. Kalau kita boleh tengok apa mungkin impaknya
12:40daripada laporan Bloomberg ini. Pertama adalah bagaimana
12:44sebenarnya walaupun kita nampak Tan Sri Azam Baki
12:49telah pun memberikan penjelasan. Tetapi ini berkaitan
12:52dengan soal persepsi dan juga kredibiliti institusi.
12:55Itu juga kita kena lihat bagaimana bagi rakyat
12:58standar integriti terhadap Ketua SPRM semestinya perlu
13:02lebih tinggi berbanding penjawat awam yang biasa.
13:06Dan juga apabila kita lihat apabila laporan ini diterbitkan
13:09oleh media antarabangsa seperti Bloomberg
13:12implikasinya bukan hanya domestik.
13:14Ia sebenarnya boleh juga memberi kesan pertama kepada
13:17persepsi pelabur asing. Kedua, mempengaruhi penarafan
13:21takbir urus. Juga laporan sebegini boleh menjadi rujukan
13:25kepada laporan risiko negara. Dan kita lihat dalam era
13:29ekonomi global ini reputasi institusi penguatkuasaan
13:32adalah sebahagian daripada soft power dan juga keyakinan pelabur.
13:37pelabur akan masuk sekiranya negara kita stabil dan juga
13:41rasuah itu bebas dan juga kurang. Jadi disitulah sebenarnya
13:46penting untuk kita melihat bagaimana takbir urus dan
13:50reformasi institusi ini boleh membuka ruang juga kepada
13:54perbahasan yang lebih besar. Antaranya apabila ia berlaku
13:59apabila artikel seperti ini wujud. Ia membawa kepada banyak
14:02persoalan. Pertama adalah adakah pelantikan Ketua SPRM ini
14:05perlu sebenarnya melalui proses semakan parlimen. Itu penting.
14:09Dan juga perlukah satu mekanism semak dan imbang yang lebih
14:13jelas dan juga bagaimana untuk pastikan integriti ini
14:16bukan sekadar dipatuhi tetapi dilihat dipatuhi.
14:21Kan banyak kita sebenarnya lihat impak daripada terbitnya
14:26artikel Bloomberg. Betul. Kata Jiji dalam kata mudah lah kan
14:29bila perkara seperti ini jadi ketua SPRM adalah the highest
14:33untuk dari segi pencegahan rasuah dan rasuah ini adalah
14:37bukan sahaja musuh negara musuh dunia sebenarnya dan bila
14:39bila nak kata yang tertinggi pun boleh katalah katakanlah
14:44disabitkan kesalahan maka memang persepsi rakyat terhadap
14:49institusi yang lain bukan sekadar SPRM sahaja terhadap mana-mana
14:53jabatan awam juga akan rasa sedikit serong kerana rasuah itu
14:58sudah dilakukan di peringkat tertinggi apatah lagi di dalam
15:01peringkat-peringkat yang bawah-bawah. Jadi dan juga Jiji
15:03katakan sebagai pelaburan daripada luar bila ekonomi sekarang
15:06tengah kukuh ringgit pun sedang naik tapi bila terjadinya
15:10katakanlah ini laporan bumbu ini sah maka memang pelaburan
15:13luar memang akan kurang minat untuk kerana dapat lihat ada
15:17sedikit perbalahan penggolakan dari segi ekonomi dan juga
15:20rasuah di Malaysia yang akan bagi efek berpanjangan kepada
15:23negara. Jadi kita berharap siasat ini akan membawa kebenaran
15:26yang sebetul-betulnya dan jika apa-apa berlaku pun kita
15:31sebagai rakyat kita perlu just melihat perkara itu dan kalau
15:35salah-salah kita move on. Kalau betul Alhamdulillah kita
15:37move on juga. Kita tak perlu nak berkata lebih kita serahkan
15:40kepada yang berkuasa itu. Tapi apa yang penting adalah bukan
15:44pasal move on itu juga kabir tapi sebenarnya kes seperti ini
15:48sangat berat kerana ia juga sering dipolitikkan. Itu paling
15:52penting. Namun sebenarnya apa yang lebih penting untuk kita
15:55pastikan adalah SPRM ini merupakan institusi yang kekal
16:00bebas daripada pengaruh politik. Itu paling-paling penting.
16:03Kedua adalah penyiasatan yang dilakukan terhadap sebarang
16:07dawaan yang melibatkan ketua pesuruh jaya SPRM perlu dilihat
16:11tidak berat sebelah. Itu juga perlu dilihat kerana rakyat akan
16:15mengadili perkara berkenaan. Dan institusi ini perlu terus
16:19diyakini oleh rakyat. Kerana rakyat tidak akan move on.
16:24Saya pasti. Anda katakanlah salah memang damage control itu.
16:27Damage control itu lebih besar daripada apa yang kita boleh
16:30bayangkan dan kita memang harap satu penyiasatan yang baik
16:35dapat dilakukan. Dan juga satu keputusan yang baik boleh dilakukan
16:39oleh ketua pesuruh jaya SPRM dalam nak membenarkan satu
16:42siasatan terbuka boleh dilakukan ke atas dirinya.
16:46Kerana isu azam baki Bloomberg ini ia menyentuh juga beberapa
16:51saya kira perkara besar. Seperti yang kita cakap tadi
16:53kredibiliti institusi antirasuah, persepsi pelabur dan juga
16:58image negara kita. Juga reformasi takbir urus kita itu juga
17:03dalam ketelusan kita, siasatan kita itu yang paling penting juga.
17:09banyak untuk kita cakapkan tapi kita ada lagi cerita lebih
17:13besar, panas juga. Nanti kita perlu berhenti rehat seketika
17:17kembali serpas ini.
17:35Baik bertemu kembali dalam rancangan wali pagi. Macam kami janjikan sebelum rehat tadi
17:39memang ada lagi perkara yang panas berlaku di negara kita pada semalam
17:43selain pada kes Tan Sri Azam Baki di mana semalam juga adalah satu
17:48adakah kemuncak? Kemuncak kemelut politik dalam Parti Peribumi Bersatu
17:54Malaysia di mana kita dikejutkan dengan urus-urus ini adalah digesan untuk
17:59dipecat tapi akhirnya pada semalam diumumkan bahawa Tan Sri Hamzah
18:05Zainuddin dipecat oleh Bersatu. Di mana laporan semalam kita bawakan
18:09adalah timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Hamzah Zainuddin
18:12dan juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Wan Ahmad Faisal dipecat daripada
18:17Parti itu berkuatkuasa hari ini. Setiausaha Agong Bersatu Datuk Seri
18:21Muhammad Azmin Ali dalam satu kataan berkata, tindakan terhadap Hamzah diambil
18:25selepas beliau didapati melanggar perlembagaan Parti. Datuk Seri Hamzah
18:29Zainuddin dipecat hak-hak keahlian dalam Parti di bawah Fasal 22.5
18:33berkuatkuasa mulai 13 Februari 2026 kerana tindakan beliau melanggar
18:38Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu. Dalam masa sama, satu kenyataan
18:44kelembaga disiplin dikeluarkan. Hamzah keputusan itu dibuat oleh
18:47lembaga yang bersidang semalam. Dan walaupun bagaimanapun, pihak Datuk Seri
18:51Hamzah boleh kemukakan rayuan kepada lembaga rayuan untuk pertimbangan
18:54dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis ini. Dan Hamzah pada ketika itu
19:00dilaporkan tidak hadir selepas dipanggil ke proseding bersama
19:04lembaga disiplin yang dijadual berlangsung di Ibu Pejabat Bersatu
19:07di Petaling Jaya. Dan setiausaha sulitnya, Ahmad Ikuan Farli
19:11maklumkan ahli parlimen larut itu berada di Sydney, Australia.
19:16Tapi beliau berkata Hamzah berlepas ke Australia bagi menemani dan
19:19membantu urusan pendaftaran universiti anak perempuannya sebelum
19:21terima notis pada 7 Februari lalu untuk hadir ke proseding berkenaan.
19:25Dan sebelum ini, pelbagai desakkan daripada pemimpin parti itu mahu supaya
19:28Hamzah dipecat selepas didakwa menjadi dalang kepada gerakan
19:32menggesa pengunduran Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
19:35Dan sementara itu, Bersatu juga memecat dua lagi ahli parlimen
19:38dan ahli parlimen pada renggas Azahari Hassan, Kapten Azahari Hassan
19:42dan ahli parlimen gerik Fatul Huzir Ayub atas alasan yang sama.
19:48Dan lembaga disiplin dalam satu kenyataan berasingan berkata
19:50turut dipecat adalah Wan Ahmad Faisal yang juga ahli parlimen Macang
19:54yang sebelum ini digantung keahliannya dalam parti itu.
19:57Itulah perkembangan yang dibawa semalam bila kita tengok
20:02Hamzah Zainuddin dan juga Wan Ahmad Faisal.
20:04Yang sebelum ini Ahmad Faisal juga ada keluarkan kenyataan apa
20:06jika nak pecat, pecatlah. Jangan setakat baling batu dan sorok dalam tangan.
20:11Jadi itulah yang dikatakan dan akhirnya dikeluarkan kenyataan
20:15bahawa Hamzah Zainuddin dipecat dan ini adalah perkara besar
20:18kerana kita dah perhatikan melut sebelum ini yang Muhyiddin undur
20:21daripada Presiden Perikatan Nasional dan kini pula dalam bersatu sendiri
20:26Hamzah Zainuddin dipecat. Adakah ini akan menyebabkan beberapa
20:30hala tuju yang lain untuk parti bersatu ataupun untuk Perikatan Nasional itu sendiri?
20:35Dan pemercatan itu membawa kepada 17, jumlahnya adalah 17 pemimpin
20:40bersatu dipecat termasuk 3 ahli parlimen serta 2 ahli Dewan Undangan Negeri.
20:46Nama-nama telah pun disebutkan oleh Kabir tadi
20:49yang mana lembaga disiplin bersatu menjelaskan keputusan dibuat selaras
20:53dengan peruntukan 22.5 Perlembagaan Parti
20:57susulan pelanggaran Perlembagaan membabitkan ahli-ahli terbabit.
21:02Ini merupakan satu krisis Kabir
21:06bila kita lihat bagaimana sebenarnya
21:099 ketua bahagian bersatu dan 2 pegawai lain juga termasuk dalam keputusan ini
21:14termasuk ketua Sikan Dewi Muda Sabah, ketua Penerangan Hulu Langat.
21:20Lembaga disiplin juga maklumkan keputusan pemercatan itu berdasarkan
21:23tata cara pengurusan kes disiplin pada 12 Februari 2026.
21:28Dan mana-mana ahli yang dipecat boleh membuat rayuan kepada lembaga rayuan
21:32dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat.
21:35itu antara inti parti yang kita bawakan semalam
21:40dan pemercatan itu berlaku pada hari Jumaat.
21:43Dan dalam masa yang sama juga bila kita lihat
21:47bila keluarnya kenyataan surat pecat ini
21:52dalam masa yang sama juga
21:56ketua pembangkang Datuk Sri Hamzal Zainuddin
21:58pada hari Jumaat semalam berkongsi gambar pertemuan beliau
22:01dengan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang
22:04yang berlangsung di Rusila di Terengganu.
22:07Pertemuan itu juga dihadiri kita boleh lihat dalam gambar
22:10yang beliau kongsikan ada Menteri Besar Terengganu
22:12merangkap naik Presiden PAS Datuk Samsuri Mokhtar.
22:15Juga adalah gambar tersebut bersama dengan mereka
22:18adalah Setiausaha Agung PAS Datuk Sri Takiuddin Hassan
22:20serta Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat Muhammad Syahir Cik Sulaiman.
22:26Hamzah yang juga bekas timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia
22:30diiringi beberapa pimpinan kanan Parti Berkenaan.
22:33Kita boleh lihat antaranya Ahli Parlimen Temeluh
22:36Datuk Sri Saifuddin Abdullah
22:37Ahli Parlimen Beloran Datuk Sri Ronald Kiandi
22:40dan juga Ahli Parlimen Tasik Gelugur
22:41Wan Saifu Wan Jan
22:43dengan caption dekat situ
22:46di bawah gambar
22:46Alhamdulillah minum petang di Rusila
22:48Allah SWT adalah sebaik-baik perancang.
22:52Ada maksud tersirat, tersurat dan tersirat
22:54namun apapun ini gambar tersebut dimuat naik
22:59sesulan daripada pemecatan 17 Ahli Bersatu
23:03yang kita lihat juga bagaimana sebenarnya
23:06pertemuan antara Hamzah dan juga pimpinan PAS
23:09berlaku di tengah krisis bersatu yang semakin tajam
23:13termasuk pemecatan Ahli dan juga konflik dalaman
23:16terhadap Presiden Parti sebelum ini.
23:18Dan pertemuan ini juga sebenarnya kita lihat
23:21mencetuskan pelbagai spekulasi daripada rakyat sendiri
23:24ada juga mengatakan mungkin terdapat usaha
23:27rundingan politik di belakang tabir
23:29dalam blok pembangkang Perikatan Nasional
23:31walaupun tiada maklumat rasmi yang dikongsi oleh Hamzah sendiri.
23:35Juga gambar ini tidak menyertakan apa-apa
23:39kenyataan rasmi tentang agenda perbincangan
23:42walaupun ada kehadiran tokoh PAS dan juga
23:44Wakil Bersatu Kanan.
23:46Tapi ia memberi syarat bahwa hubungan antara kedua-dua parti
23:48mungkin sedang dinilai semula ke
23:52ataupun terutamanya dalam konteks yang mungkin
23:54nak adanya persediaan politik menjelang pilihan raya umum
23:56akan datang.
23:58Ini sebenarnya boleh dilihat juga sebagai satu usaha
24:00mereka untuk kurangkan ketegangan
24:02atau mencari satu penyelarasan strategi politik.
24:08secara kalau kita tengok juga
24:10apapun apabila perkongsian itu dilakukan
24:15ia juga memberi gambaran bahawa
24:17Hamzah ini ataupun bekas timbalan
24:22Presiden Bersatu ini sedang menjalankan hubungan
24:25dengan pemimpin lain untuk mungkin nak mengekalkan
24:29relevansinya dalam politik kan
24:33macam-macam spekulasi dari perkongsian gambar tersebut.
24:36Kalau untuk rakyat dia macam drama yang kita
24:38rakyat rakyat boleh tengok macam-macam drama
24:40sebab lepas terus keluar kenyataan pecat
24:42keluar gambar yang beliau berjumpa dengan
24:44pemimpin-pemimpin PAS.
24:45Jadi ini mungkin daripada kemelut ini
24:48memang akan implikasinya banyak
24:50sebab kita PRU nak datang nak dekat dah
24:52tahun depan nak dekat.
24:53Jadi bila berlakunya perpecahan di dalam Bersatu ini
24:55kita tahu dalam Bersatu dah ada dua tim.
24:57Ada tim Tansi Muhyiddin dan juga tim Dato' Hamzah Zainuddin.
25:00Jadi bila mereka berpecah seperti ini
25:02apa mesej yang diberi pada pengundi?
25:04Pengundi yang selama ini memilih Bersatu
25:07bila berlaku seperti ini mereka berpecah belah
25:09nak pilih siapa lepas ini.
25:10Adakah akan bentuk parti baru?
25:12Adakah akan bentuk persatuan baru
25:15selain daripada Perikatan Nasional mungkin?
25:16Sebab bila mereka yang Hamzah dan juga
25:18pemimpin PAS ini berjumpa
25:20adakah perbincangan itu melibatkan
25:22membuat satu parti baru
25:24melibatkan untuk menjatuhkan Tansi Muhyiddin?
25:26Adakah untuk menaikkan satu lagi
25:28kumpulan yang baru?
25:29Kita tak tahu dan
25:30pengundi akan rasa confused
25:32lebih lagi bila melibatkan
25:34dua tokoh terbesar
25:35di Bersatu dan juga PN
25:36yang lantang.
25:37Suara lebih bagi Tansi Hamzah Zainuddin
25:39yang kita kenal memang lantang
25:40memang strong
25:40presence dalam politik di Malaysia
25:43dia sebagai blok membangkang sekarang.
25:45Jadi kita berharap
25:47bahawa isu-isu seperti ini
25:49dapat diselesaikan sebelum PADU
25:51sebab sekarang ramai banyak parti
25:53tengah kuatkan giam mereka
25:55untuk tingkatkan sokongan
25:57tapi di Bersatu pula
25:58kesnya adalah mereka sedang
26:01berpecah ada kemulut.
26:02Jadi macam tak kena
26:03sebab pilihan raya
26:04nak datang orang mana
26:05jadi kita pun jadi tak tahu
26:06nak pilih apa.
26:07Dan bila kita tengok Facebook
26:08Facebook betul
26:09Facebook Bersatu Semalam
26:10memang bila kita kongsikan
26:12boleh kita
26:12memang bila sebagai rakyat
26:14yang mungkin
26:15tiba-tiba boleh tengok
26:17Facebook Bersatu Semalam
26:18agak drama
26:20dan juga saya kata
26:21nak kata kelakar pun
26:22kelakar juga
26:22sebab kita tengok admin
26:24bersatu menukar
26:25ni dia kata
26:27wallpaper
26:28Facebook
26:29sebagai Undo Muhyiddin
26:31dan
26:31kalau kita scroll
26:33kita boleh tengok
26:33antara posting-posting lain juga
26:35banyak
26:36saya kata
26:37against Muhyiddin lah
26:39antaranya
26:40mereka
26:41ada post
26:42Undo Muhyiddin
26:43dan juga ada
26:44keluarkan kenyataan
26:45di mana insyaAllah
26:45esok Tan Sri Muhyiddin
26:47akan umumkan penubuhan
26:48kerajaan baru
26:49yang akan diterajuinya
26:50kerajaan langit
26:51hashtag kekal tenang
26:53dia macam ada satu
26:54masanya sudah tiba
26:55masanya sudah tiba
26:57sangat vague posting
26:58dia macam
26:58perang media sosial
27:01paparan
27:01paparan yang dilakukan
27:03oleh mereka ini
27:03sikit kita nak
27:04bagi komen
27:05yang mana paparan ini
27:06walaupun hanya pada
27:07media sosial rasmi
27:08parti
27:08tapi sebenarnya
27:10ia dilihat sebagai
27:10satu simbol
27:11tekanan dalaman
27:12yang serius
27:13terhadap presiden
27:13parti sendiri
27:14dan kita juga
27:16lihat ia bukan
27:16hanya luahan
27:17amarah akar umbi
27:18tetapi sebenarnya
27:19memberi gambaran
27:19wujudnya kumpulan
27:21dalam parti
27:21yang mahu
27:22perubahan drastik
27:23dalam kepimpinan
27:24dan juga ini
27:25menimbulkan persoalan
27:26apakah wujud
27:27perpecahan struktur kuasa
27:28dalam majlis pimpinan
27:29tertinggi bersatu
27:30dan mungkin
27:31anda boleh bagi komen
27:32sendiri
27:33tapi apapun
27:35itu saja yang dapat
27:36kami kongsikan
27:37pada jam ini
27:37anda boleh baca
27:38ke semua yang kami
27:38kongsikan di
27:39extraawani.com
27:40saya kira itu saja
27:40daripada kami
27:41saya Gigi Ahmad
27:42saya Kabir Aziz
27:43kita jumpa lagi
27:44bye
27:44selamat menikmati
27:46selamat menikmati
Comments

Recommended