Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan beliau menghantar kumpulan kapal induk kedua ke Asia Barat.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memaklumkan beliau menghantar kumpulan kapal induk kedua ke Asia Barat.
00:07Pada masa sama, beliau memberi amaran perkembangan itu akan menjadi hari yang buruk bagi Iran jika negara itu gagal mencapai
00:13perjanjian berhubung program nuklernya.
00:18Trump meningkatkan ancaman ketenteraan terhadap Republik Islam itu sesulan tindakan keras meragut nyawa oleh Pasukan Keselamatan Tehran
00:25terhadap protes bulan lalu yang menurut kumpulan hak asasi telah mengorbankan ribuan nyawa.
00:30Katanya beliau percaya rundingan dengan Iran akan berjaya namun jika sebaliknya berlaku ia akan menjadi hari yang sangat buruk bagi
00:37Iran.
00:38Trump sebelum ini telah menghantar sebuah kapal induk USS Abraham Lincoln ke Asia Barat sebagai sebahagian daripada armada yang terdiri
00:46daripada 12 kapal tentera laut Amerika di rantau itu.
00:50Empat kapal yang diketuai oleh kapal induk Ford, kapal induk terbesar di dunia telah berada di Caribbean, lokasi di mana
00:57pasukan Amerika menahan Presiden Venezuela Nicolas Maduro bulan lalu.
01:02Mereka dijangka tidak akan kembali ke pelabuhan asal sehingga akhir April atau awal Mei.
01:07Negara Barat bimbang program itu bertujuan menghasilkan bom nuklir namun dawaan berkenaan dinafikan Tehran.
01:13Pada Jumaat, Ketua Badan Pemantau Nuklir Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Rafael Grossi, dilaporkan berkata untuk mencapai persetujuan dengan Iran
01:23mengenai pemeriksaan kemudahan pemprosesannya adalah mungkin tetapi sangat sukar.
01:29Iran dan Amerika yang tidak mempunyai hubungan diplomatik sejak tidak lama selepas revolusi Iran mengadakan rundingan mengenai isu nuklir minggu
01:37lalu di Oman namun tarikh bagi rundingan baru masih belum ditetapkan.
01:42Washington turut menyertai Perang 12 Hari Israel menentang Republik Islam itu pada Jun dengan melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklir
01:49Iran.
01:50Tiada kata sepakat mengenai sasaran yang akan diserang Washington dalam serangan baru atau sama ada ia akan berusaha melonggarkan cengkaman
01:57kuasa pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamene.
Comments

Recommended