Skip to playerSkip to main content
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenal pasti lebih 40 akaun Facebook dan hampir 10 akaun TikTok yang terlibat dalam penyebaran kandungan disyaki tingkah laku tidak tulen terselaras (CIB) berunsurkan perkauman dalam tempoh 24 jam.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, satu video bersama naratif sama telah disebarkan secara terselaras yang didakwa melibatkan insiden antara invididu berbangsa India dan Melayu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768074/berita/semasa/mcmc-kenal-pasti-lebih-50-akaun-sebar-kandungan-cib-berunsur-perkauman---fahmi

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #MCMC #CIB #FahmiFadzil
Transcript
00:00Didapati dalam tempoh 24 jam yang lalu, satu berita telah diviralkan yang pada awalnya didakwa melibatkan seorang gangster yang telah
00:17mencederakan seorang tuan tanah dan terdapat elemen-elemen bibit-bibit perkawaman yang cuba diselitkan dalam kenyataan.
00:27Dan kalau rakan-rakan media teliti, hampir semua daripada posting ini menggunakan video yang sama, menggunakan ayat yang sama.
00:36Setakat pagi tadi, jam 10, MCMC telah mengenalpasti lebih 40 akaun yang terlibat dalam sebaran di akaun Facebook dan hampir
00:4810 dalam akaun TikTok.
00:49proses sasatan berkait sebaran maklumat ini sedang berjalan dan sebarang percubaan untuk mengapikan sentimen perkawaman tidak akan diterima dan pihak
01:06berkuasa akan mengambil tindakan.
01:08Terima kasih.
01:11Terima kasih.
01:12Terima kasih.
01:15Terima kasih.
Comments

Recommended