Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menolak dakwaan Eropah sedang merosot dan menyeru benua itu bertindak lebih berani sebagai kuasa geopolitik. Berucap pada Munich Security Conference, beliau menekankan keperluan menstruktur semula seni bina keselamatan Eropah, menangani disinformasi, serta bersedia berdepan ancaman berterusan Rusia meskipun terdapat usaha menamatkan perang Ukraine.
Transcript
00:00Presiden Perancis Emmanuel Macron menolak dawaan bahawa Eropah sedang mengalami kemerosotan.
00:06Beliau sebaliknya menegaskan keperluan benua itu bertindak lebih berani dan tegas sebagai kuasa geopolitik global.
00:14Berucap di persidangan keselamatan Munich, Macron mempertahankan usaha Eropah menangani penyebaran maklumat palsu serta kesan negatif media sosial yang menurutnya
00:24semakin menjejaskan demokrasi barat.
00:25Bila menekankan Eropah perlu belajar memainkan peranan sebagai kuasa geopolitik, sesuatu yang menurutnya tidak menjadi sebahagian daripada DNA Eropah sebelum
00:34ini.
00:35Macron yang bakal memasuki tahun terakhir pentadbirannya berkata Eropah masih akan berdepan sikap agresif Rusia walaupun wujud sebarang perjanjian bagi
00:44menamatkan perang di Ukraine.
00:46Menurutnya Eropah tidak boleh tunduk kepada tuntutan Moskow atau menerima perjanjian jangka pendek yang gagal menyelesaikan isu teras konflik.
00:53Beliau turut mencadangkan supaya satu siri perundingan dilancarkan bagi membincangkan semula kepentingan strategi Eropah termasuk bersama rakan sekutu seperti United
01:02Kingdom dan Jerman sebelum diperluaskan kepada seluruh negara Eropah.
01:07Dalam peritu, Macron menegaskan keperluan merombak seni bina keselamatan Eropah yang menurutnya masih berpaksikan kerangka era Perang Dingin dan tidak
01:15lagi relevan dengan cabaran semasa.
01:17Presiden Perancis itu juga memaklumkan bahawa rundingan strategik telah dimulakan berkaitan peranan pencegahan nuklear Perancis dalam konteks keselamatan Eropah dan
01:27perincian lanjut dijangka dibentangkan dalam ucapan khasnya dalam beberapa minggu akan datang.
01:33Terima kasih.
01:34Terima kasih.
01:34Terima kasih.
01:35Terima kasih.
Comments

Recommended