00:00Maritim Malaysia mengendalikan 256 operasi mencari dan menyelamat melibatkan 1,930 mangsa di mana 1,768 berjaya diselamatkan manakala 125
00:13kematian direkodkan.
00:15Ketua pengarahnya, Laksumana Maritim Dato' Muhammad Rosli Abdullah berkata angka ini tidak wajar bertambah justru kesedaran keselamatan dalam kalangan pengusaha
00:24industri pelancongan maritim wajar dipertingkatkan.
00:30Maritim Malaysia memberi jaminan keselamatan pelancongan maritim negara berada dalam keadaan terkawal menjelang penganjuran Tahun Melaut Malaysia 2026.
00:38Beliau menegaskan keselamatan maritim tidak terletak sepenuhnya di bahu maritim Malaysia, sebaliknya memerlukan komitmen semua pihak termasuk pengusaha bot, agensi
00:47pelancongan dan individu yang terlibat dalam aktiviti laut.
00:49Pematuhan prosedur keselamatan seperti memakai jaket keselamatan, membawa kit kecemasan dan personal locator beacon PLB, menggunakan bot berdaftar serta memantau
00:59cuaca adalah aspek yang tidak boleh dikompromi bagi mengelakkan kemalangan serta kehilangan nyawa.
01:06Mengulas persediaan menjalan TMM 2026, beliau berkata tumpuan diberikan kepada pulau-pulau peranginan, perairan pantai, laluan feri dan bot penumpang
01:14dan kawasan rekreasi laut.
01:16Pendekatan bukan hanya tertumpu kepada penguatkuasaan, tetapi melibatkan pencegahan awal dan pemantauan keselamatan proaktif bagi memastikan perairan Malaysia dirasai selamat
01:27oleh pelancong.
01:28Mohd Rosli menegaskan bahawa keselamatan di laut merupakan tanggungjawab bersama dan menyeru semua pihak mainkan peranan agar TMM 2026 bukan
01:37sahaja merancakkan ekonomi, tetapi mengukuhkan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan maritim yang selamat dan diyakini dunia.
01:46Terima kasih kerana menonton!
Comments