Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Kru baharu telah dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Jumaat, membawa empat angkasawan ke orbit susulan kejadian kecemasan di atas stesen itu baru-baru ini.
Transcript
00:00Kru baru telah dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa ISS pada Jumaat, membawa empat angkasawan ke orbit sesulang kejadian kecemasan di
00:08atas stesen itu baru-baru ini.
00:10Roket Falcon 9 dilancarkan pada 5.15 pagi waktu tempatan dari Tanjung Canaveral di Florida dengan kru menaiki kapal angkasa
00:18Dragon milik SpaceX.
00:21Buat kali pertama dalam sejarah ISS, pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan NASA membawa pulang kru lebih awal bulan lepas disebabkan
00:30masalah perubatan yang menyebabkan stesen itu kekurangan kru.
00:34Kru yang tiba itu terdiri daripada angkasawan NASA Jack Hathaway dan Jessica Maya, angkasawan Rusia Andrei Fedyev serta angkasawan agensi
00:42angkasa Eropah ESA Sophie Adenot dari Perancis.
00:46Ini merupakan penerbangan pertama ke ISS bagi Hathaway dan Adenot, manakala bagi Maya dan Fedyev pula, ia merupakan penerbangan kedua
00:55mereka.
00:56Kesemua mereka dijangka tiba di stesen itu pada Sabtu dan akan menjalankan penyelidikan selama kira-kira 8 bulan.
01:02Pada pertengahan Januari, angkasawan Amerika Syarikat Zina Cartman dan Michael Finker, angkasawan Jepun Kimia Yui serta angkasawan Rusia Oleg Platonov
01:13telah dibawa pulang ke bumi lebih awal disebabkan isu perubatan.
01:18Butera lanjut mengenai isu berkenaan dan ahli kru mana yang terkesan tidak didedahkan.
01:22Kepulangan awal itu bermakna hanya angkasawan NASA Christopher Williams dan angkasawan Rusia Sergei Mikhaev dan Sergei Kutscherchkov yang berada di
01:32stesen itu sepanjang beberapa minggu lepas.
01:35Kru antarabangsa telah mendiami dan menjalankan penyelidikan di atas stesen angkasa itu secara berterusan selama kira-kira 25 tahun.
01:42ISS dijadwalkan menamatkan operasinya pada 2030 dan akan menjalani proses keluar dari orbit secara terkawal dan mendarat di Lautan Pasifik
01:52pada awal 2031.
Comments

Recommended