Skip to playerSkip to main content
'Terlupa, tak tahu wajib pakai alasan penumpang tak pakai tali pinggang keledar'

Terlupa dan kononnya tidak mengetahui kewajipan memakai tali pinggang keledar antara alasan utama penumpang bas yang didapati melanggar peraturan keselamatan sepanjang penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, tahun lalu.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, berdasarkan statistik, seramai 30 penumpang telah dikenakan kompaun kerana gagal memakai tali pinggang keledar ketika kenderaan sedang bergerak.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768178/berita/semasa/terlupa-tak-tahu-wajib-pakai-alasan-penumpang-tak-pakai-tali-pinggang-keledar

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #Bas
Transcript
00:00Terlupa dan kononnya tidak mengetahui kewajipan memakai tali pinggang keledar
00:04antara alasan utama penumpang bas yang didapati melanggar peraturan keselamatan
00:08sepanjang penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Selangor tahun lalu.
00:13Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata,
00:16berdasarkan statistik, seramai 30 penumpang telah dikenakan kompaun
00:20kerana gagal memakai tali pinggang keledar ketika kenderaan sedang bergerak.
00:25Menurutnya, kesalahan tersebut melanggar kaedah 4 dan 4A,
00:28kaedah-kaedah kenderaan motor tali pinggang keledar 1978 pindaan 2008
00:34yang memperuntukkan kompaun sebanyak RM300 bagi setiap kesalahan.
00:38Sementara itu, beliau berkata,
00:40lampu isyarat tidak berfungsi, lampu brake rosak, cermin retak dan tayar botak
00:45antara kesalahan paling tinggi dikesan melibatkan bas sepanjang pemeriksaan dijalankan tahun lalu.
00:50Katanya sepanjang tahun lalu, sebanyak 13,484 bas diperiksa
00:55melibatkan 11,575 bas ekspres dan 1,909 bas persiaran
01:01dan daripada jumlah itu, sebanyak 277 kenderaan telah diambil tindakan penguatkuasaan
01:07manakala 712 notis telah dikeluarkan.
01:11Beliau berkata demikian ketika meninjau pelaksanaan operasi khas Tahun Baharu China
01:15di Terminal Seksin 17 di Shah Alam pada Jumaat.
01:19Dalam pada itu, JPJ Selangor turut melaksanakan operasi penyamaran
01:22sebagai penumpang dalam bas termasuk pada waktu malam
01:25bagi mengesan kesalahan secara lebih berkesan.
01:28Operasi ini turut dijalankan dengan sekatan jalan raya di lokasi tertentu
01:32bagi memastikan pematuhan pengguna jalan raya berada pada tahap tinggi.
Comments

Recommended