00:00Pemecatan beberapa pimpinan kanan bukannya tanda berakhir kepada Parti Bersatu, sebaliknya ia adalah proses pendewasaan untuk memperkukuhkan hala tujuh parti
00:09menjelang cabaran politik akan datang.
00:12Demikian alasan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Muhammad Azmin Ali dan menyatakan mesyuarat khas majlis pimpinan tertinggi yang berlangsung hari
00:20ini memberi tumpuan memperkemaskan struktur dan gerak kerja parti selepas keputusan Lembaga Disiplin Bersatu dibuat pada Jumaat.
00:27Kita tidak melihat begitu sebab seperti saya kata tadi ini proses pendewasaan parti. Setelah 9 tahun parti ini dibina pastinya
00:38ada pindaan perubahan yang perlu kita lakukan dan inilah yang telah kita laksanakan. Dalam parti-parti politik semua parti melalui
00:48proses yang sama.
00:49Mengulas dakwaan bahawa pemecatan tersebut mencemarkan imej Bersatu, beliau menegaskan parti tidak melihat perkara itu sebagai satu kelemahan, sebaliknya sebuah
00:58proses matang yang perlu dilalui oleh mana-mana parti politik.
01:03Menjawab dakwaan tindakan disiplin itu terlalu keras sehingga dikatakan boleh menguburkan Bersatu, katanya semua individu yang terlibat masih diberikan ruang
01:11untuk membuat rayuan.
01:12Mereka diberikan ruang untuk merayu dalam tempoh 14 hari. Jadi terpulang kepada mereka yang telah dikatakan hukuman untuk membuat rayuan
01:22kepada lembaga rakyat.
01:24Sebab kita dalam Bersatu, kita ada kaedah untuk menguruskan dan menangani krasis-krasis seperti ini dan semua ahli tidak terkecuali
01:35daripada perlembagaan dan peruntukan di dalam parti.
Comments