Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Ekonomi Malaysia berkembang kukuh sebanyak 6.3 peratus pada suku keempat 2025 berbanding 5.4 peratus pada suku ketiga, didorong terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang mantap.

Kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan pertumbuhan tersebut disokong oleh peningkatan perbelanjaan isi rumah selari dengan keadaan pasaran pekerja yang positif serta sokongan dasar berkaitan pendapatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:27Sari kata oleh SDI Media
00:30Dan pasaran pekerja yang positif serta sokongan dasar berkaitan pendapatan
00:34Menurut bank pusat itu, aktiviti pelaburan kekal teguh dipacu oleh perbelanjaan jentera dan kelengkapan khususnya bagi pusat data
00:42Selain pelaksanaan berterusan projek berbilang tahun oleh sektor swasta dan awam
00:48Dari segi penawaran, pertumbuhan disumbangkan terutamanya oleh sektor perkhidmatan dan perkilangan
00:54Manakala sektor pertanian mencatatkan prestasi lebih baik, susulan pengeluaran minyak sawit yang meningkat
01:00Berikutan kejadian banjir yang kurang teruk berbanding tahun sebelumnya
01:04Bagi keseluruhan tahun 2025, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2%
01:10Melebihi julat unjuran antara 4.0% hingga 4.8%
01:16Dalam pada itu, inflasi keseluruhan kekal stabil pada kadar 1.3% pada suku keempat 2025
01:24Manakala inflasi teras meningkat kepada 2.3% berbanding 2.0% pada suku sebelumnya
01:32Terima kasih
Comments

Recommended