Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
White House border czar Tom Homan mengumumkan bahawa Presiden Donald Trump bersetuju menamatkan operasi pengusiran besar-besaran di Minnesota, dengan agen imigresen dijangka berundur dalam tempoh seminggu. Namun aktivis dan penduduk Minneapolis tetap skeptikal, menegaskan mereka hanya percaya setelah melihat bukti. Ahli Majlis Bandaraya Jason Chavez berkata tekanan masyarakat memainkan peranan besar dalam penarikan balik ini. Protes dijangka berterusan sehingga operasi benar-benar berakhir.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bersetuju menamatkan operasi pengusiran besar-besaran di Minnesota.
00:07Menurut Ketua Hal Ewal Sempadan White House, Tom Horman, ramai anggota penguatkuasa imigresin yang dikerahkan sementara ke Minnesota sebelum ini
00:15akan kembali ke negeri masing-masing dalam tempoh seminggu.
00:21Menurutnya, proses itu akan berlaku seawal minggu ini dan berlanjutan sehingga minggu depan.
00:26Tambah beliau, maklamatnya antara lain mengembalikan keselamatan dan kestabilan selain berusaha menegakkan undang-undang.
00:36I have proposed, and President Trump has concurred, that this surge operation conclude.
00:45A significant drawdown has already been underway this week, and will continue through the next week.
01:16Perkembangan terbaru itu menyusul selepas beberapa minggu protes besar-besaran terhadap
01:21peningkatan mendadak operasi imigresin persekutuan di wilayah Twin Cities.
01:26Bagaimanapun, penduduk dan pemimpin komuniti setempat menyambut perkembangan itu dengan perasaan penuh hati-hati pada masa sama skeptikal mengenainya.
01:36Aktivis anti-ICE misalnya berkata, komuniti tidak akan menarik balik demonstrasi setelah lagi tidak melihat bukti fizikal bahawa operasi besar
01:45itu benar-benar dihentikan.
01:46Manakala seorang lagi aktivis turut menyuarakan ketidakpercayaan terhadap pentadbiran Trump dengan mendakwa kerajaan tidak bercakap benar.
01:55Ahli Majlis Bandaraya Minneapolis, Jason Chavez berkata, desakan masyarakat memainkan peranan besar dalam memaksa penarikan semula operasi itu.
02:05Namun, beliau memberi amaran bahawa operasi sama mungkin dipindahkan ke bandar-bandar lain.
02:10Walaupun terdapat pengumuman penamatan operasi, kumpulan aktivis berikirah untuk terus menekan kerajaan dan menuntut ketelusan sehingga mereka benar-benar melihat
02:20semua pasukan penguatkuasa imigresen berundur dari Minneapolis.
02:24Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended