Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Angka terkini dikeluarkan pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan, kurang 100 pesakit Palestin dipindahkan sejak pembukaan semula pintu sempadan Rafah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Angka terkini yang dikeluarkan seorang pegawai pertubuhan kesihatan sedunia WHO
00:05mendedahkan hanya kurang 100 pesakit Palestine dipindahkan
00:10sejak pembukaan semula pintu sempanan Rafah oleh Israel dua minggu lepas.
00:14Pegawai itu menyambut baik perkembangan tersebut tetapi memberi amaran.
00:18Keperluan perubatan di Gaza masih terlalu tinggi.
00:23Israel membuka semula pintu sempanan Rafah pada 2 Februari lalu
00:27tetapi dalam keadaan yang sangat terbatas selepas menguasainya sejak Mei 2024.
00:34Dalam satu taklimat di Geneva, Switzerland, Teresa Zakaria berkata
00:38pembukaan semula itu membolehkan hanya sekitar 90 pesakit dipindahkan.
00:44Katanya ini bertambah kepada kira-kira 11,000 orang yang sudah dipindahkan keluar dari Gaza
00:50untuk dihantar ke pelbagai negara bagi menerima rawatan perubatan yang sangat penting dan kritikal.
00:56Teresa memberitahu WHO menyasarkan lebih banyak pemindahan perubatan harian dijalankan
01:03dalam beberapa hari akan datang.
01:06Katanya lebih 18,000 pesakit masih menunggu untuk dipindahkan
01:10bagi mendapatkan rawatan yang sangat diperlukan.
01:13Ujah beliau ramai daripada pesakit di Gaza meninggal dunia
01:16semasa menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan di luar Gaza.
01:20Beliau turut berharap pembukaan semula pintu sepadan itu juga akan membolehkan
01:25bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan masuk ke Gaza.
01:29Teresa menyatakan tahap bantuan kini terlalu kecil
01:32berbanding skala keperluan dan keadaan cuaca yang menjejaskan penduduk.
Comments

Recommended