00:00Bertemu kembali, kita beralih ke berita antarabangsa.
00:03Parti Nasionalis Bangladesh, BNP, mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya umum negara itu
00:09yang berlangsung semalam.
00:10Keputusan tidak rasmi menunjukkan parti tersebut berjaya memperoleh 185 daripada 300 kerusi jatiah sangsat
00:18sekaligus membentuk majoriti mudah.
00:23Sehingga jam 4 pagi waktu tempatan, saluran TV Bangladesh melaporkan
00:27BNP sudah melepasi angka majoriti menandakan perubahan politik terbesar dalam negara itu
00:33dalam tempoh lebih sedekat.
00:35Keputusan itu menjadikan pilihan raya kali ini antara yang paling bersejarah
00:39berlangsung selepas kebangkitan besar-besaran generasi Z pada 2024
00:44yang menamatkan pemerintahan panjang bekas Perdana Menteri, Syekh Hasina.
00:49Ketua Parti Lawan Utama Syafiqur Rahman dari Jamaat E-Islami mengakui
00:53kekalahan partinya yang hanya memperoleh 56 kerusi
00:57sekaligus membuka laluan jelas untuk pembentukan kerajaan baharu.
01:01Calon Perdana Menteri bagi BNP Tarik Rahman
01:04yang juga anak kepada dua bekas pemimpin negara iaitu Khalid Azia dan Zia Rahman
01:09diserebu para penyokong sebaik kemenangan parti disahkan.
01:13Kemenangan ini dilihat sebagai kebangkitan semula keluarga politik
01:16paling berpengaruh dalam sejarah Bangladesh.
01:19Malah penganalisis melihat pilihan raya kali ini dianggap titik penting
01:23untuk mengembalikan kestabilan politik, pemulihan institusi demokrasi
01:28serta pengurangan ketegangan sosial selepas krisis politik 2024.
01:33Pasca krisis politik dua tahun lepas, negara Asia Selatan itu
01:36ditakbir kerajaan sementara dipimpin oleh pemenang hadiah Nobel Muhammad Yunus.
01:42Kerajaan baru dijangka segera memulakan rundingan pembaharuan ekonomi
01:46dan pemulihan hubungan diplomatik dengan kuasa luar.
Comments