Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Cuba melaksanakan pemendekan sesi persekolahan sebagai langkah kecemasan menjimatkan bahan api ketika negara itu bergelut dengan krisis tenaga yang teruk. Sekatan minyak oleh Amerika Syarikat menyebabkan gangguan import minyak, mengakibatkan pengangkutan, elektrik dan operasi sekolah lumpuh. Pelajar sekolah rendah diberi keutamaan hadir ke kelas, manakala pelajar menengah dan universiti mengikuti jadual fleksibel. Cuba kini berdepan blackout berjam-jam, kekurangan makanan, dan kemerosotan ekonomi terburuk sejak era pasca-Soviet. (Sumber: Reuters, CBC, Al Jazeera, France24)

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekolah-sekolah di Cuba kini beroperasi dengan jadual dipendekkan selepas kerajaan melaksanakan langkah kecemasan untuk menjimatkan bahan api di tengah
00:10krisis tenaga yang semakin parah.
00:13Langkah penjimatan itu menjejaskan pelbagai sektor termasuk pengangkutan dan elektrik ketika sekatan AS menyukarkan Cuba mendapatkan minyak.
00:24Menurut Victor Suarez, pengetua sebuah sekolah rendah di Havana, beberapa wilayah telah diarahkan mengurangkan sesi pembelajaran dan ada yang hanya
00:32beroperasi setengah hari atau tidak setiap hari.
01:11Kisah ini berpunca daripada gangguan bekalan minyak yang semakin serius selepas Washington meningkatkan tekanan terhadap negara pembekal minyak ke Cuba
01:19termasuk ancaman mengenakan tarif ke atas mana-mana negara,
01:22yang menghantar minyak ke pulau itu.
01:25Menurut pihak berkuasa pendidikan Cuba, pelajar sekolah rendah diberi keutamaan untuk hadir ke sekolah, manakala pelajar menengah dan universiti mengikuti
01:33jadual yang fleksibel.
01:35Pendekatan ini bertujuan melindungi golongan muda daripada kesan paling buruk krisis tenaga, terutamanya ketika beberapa wilayah mengalami bekalan elektrik beberapa
01:43jam sahaja sehari.
01:45Menurut laporan media antarabangsa, Cuba kini berdepan krisis terburuk sejak kejatuhan Kesatuan Soviet.
01:51Kerajaan Cuba berkata mereka sedang mempercepatkan penggunaan tenaga solar, mengurangkan kerja sektor kerajaan kepada empat hari seminggu dan menutup operasi
02:00hotel serta kemudahan tidak kritikal untuk menyelamatkan baki bahan api negara.
Comments

Recommended