00:00Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS pagi ini berada hampir kepada paras tertinggi dalam tempoh hampir 8 tahun.
00:08Pengukuhan didorong dolar AS rendah secara berterusan dan prospek ekonomi domestik yang lebih baik meningkatkan sentimen terhadap mata wang tempatan.
00:19Pada pagi Jumaat, ringgit meningkat kepada 3.8945 berbanding dolar AS daripada 3.8995 semasa ditutup hari sebelumnya.
00:31Kali terakhir, ringgit diniagakan hampir kepada paras tersebut adalah pada 23 April 2018 iaitu pada 3.8965.
00:41Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd Afzani Zam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka terus mendapat sokongan berikutan
00:49peniaga dan pelabur
00:50menantikan angka mengutamat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK suku keempat 2025 yang akan diumumkan pada Jumaat.
01:00Terdapat keyakinan yang tinggi bahawa pertumbuhan suku keempat 2025 dijangka melebihi anggaran awal sebanyak 5.7%
01:08dengan ringgit dilihat sedang membentuk paras asas baru dalam persekitaran data domestik yang menggalakkan dan dolar AS rendah secara berterusan.
01:19Tanpa mengambil kira sebarang kejutan luar yang besar, ringgit dijangka mengengkalkan momentum positifnya berbanding dolar AS.
01:27Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
01:33Ia meningkat berbanding yang Jepun, mengukuh berbanding Euro dan naik berbanding Pound.
01:39Ringgit turut mengukuh berbanding mata wang ASEAN lain.
01:43Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia, naik berbanding dolar Singapura, menokok berbanding Buk Thailand dan tinggi berbanding Peso Filipina.
01:51Terima kasih telah menonton!
Comments