Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pakar Bedah Mulut UIAM, Prof Madya Dr Khairul Bariah Chi Adam, menjelaskan bahawa kecacatan kongenital bibir dan lelangit sumbing serta sindromik kraniofasial berlaku sejak dalam kandungan, manakala sesetengah pesakit bukan sindromik hanya menunjukkan perubahan struktur muka ketika membesar. Pembedahan awal diperlukan jika terdapat risiko tekanan dalam kepala, masalah mata atau gangguan pernafasan. Intervensi awal penting untuk membantu perkembangan pertuturan dan fungsi oral.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penyakit kecacatan mulut dan muka seperti kongenital bibir dan lelangit sumbing bukan sahaja memberi kesan kepada fungsi makanan dan petuturan,
00:09malah boleh menjejaskan struktur muka serta perkembangan bayi.
00:13Menurut pakar bedah mulut dari Kuliah Pergigian UIAM Kuantan, Prof. Madia Dr. Khairul Bariah C. Adam, terdapat dua kategori utama
00:22pesakit iaitu sindromik dan bukan sindromik yang memerlukan penilaian teliti sebelum menjalani pembedahan.
00:30bayi-bayi seperti ini selalunya mendapat kecacatan ataupun perubahan pada bahagian muka semenjak daripada dalam kandungan lagi.
00:39Manakala ada terdapat segolongan pesakit yang bukan sindromik tetapi mereka dilahirkan dalam keadaan yang normal tetapi bila dia membesar,
00:50ada terdapat beberapa perubahan kepada struktur muka yang menyebabkan mereka memerlukan rawatan pembedahan untuk membaiki struktur muka itu.
00:58Menurut beliau, penilaian terhadap pesakit tidak hanya bergantung pada rupa bentuk kecacatan tetapi juga faktor klinikal yang menentukan sama ada
01:07pembedahan perlu dilakukan seawal mungkin sebagai langkah intervensi.
01:11Jadi bila kita tengok adanya risiko-risiko ini, ada tiga benda ini dengan meningkatnya pressure di dalam kepala, ada risiko
01:25kepada mata dan juga penafasan,
01:28maka ini adalah indikasi bila mana kita perlu melakukan salvage surgery iaitu kita perlu melakukan pembedahan kerana facial dalam keadaan
01:38yang awal.
01:39Intervensi awal bukan hanya membetulkan struktur tetapi juga membantu memastikan tumbasaran wajah,
01:46petuturan dan fungsi oral kanak-kanak dapat berkembang secara optimum.
01:51Pandangan ini dikongsikan dalam rancangan Awani Pagi pada Jumaat.
01:55Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended