Skip to playerSkip to main content
Seorang tukang paip dihadapkan ke Mahkamah Majistret 2 di Butterworth atas pertuduhan membunuh seorang wanita di sebuah rumah flat pada 4 Februari lalu.

L Ravinder, 40, yang memakai baju T berwarna biru dan berseluar pendek didakwa membunuh C Kanagee, 41, di sebuah rumah beralamat No G-21, Lorong Seri Murni 2, Taman Seri Murni antara jam 9.30 hingga 9.41 pagi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768032/berita/semasa/tukang-paip-dituduh-bunuh-ibu-tunggal

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang tukang paip dihadapkan ke Mahkamah Magistrat 2 di Butterworth
00:04atas pertuduhan membunuh seorang wanita di sebuah rumah flat pada 4 Februari lalu.
00:10La Ravinda, 40 tahun, yang memakai baju ti berwarna biru dan berseluar pendek
00:16didakwa membunuh Si Kanagi, 41 tahun, di sebuah rumah beralamat nombor G21,
00:23Lorong Sri Murni 2, Taman Sri Murni antara jam 9.30 hingga 9.41 pagi.
00:30Oleh yang mikian, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan
00:35yang memberuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun
00:40yang boleh dilanjutkan sehingga 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan.
00:45Tertuduh yang berasal dari Bukit Mertajam itu hanya mengangguk faham
00:50selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Magistrat Aini Adilah Muhammad Faizal.
00:55Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
01:01Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.
01:04Kes ditangguhkan sehingga 31 Mac depan untuk laporan bedah siasat, forensik dan kimia.
01:10Difahamkan tertuduh merupakan teman lelaki kepada mangsa dan telah menjalin hubungan bersama
01:16sejak lima tahun lalu.
01:18Bagaimanapun, tertuduh yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan pada sebelah malam tersebut
01:23didakwa telah bertengkar dengan mangsa sebelum kejadian tersebut berlaku.
01:28Terdahulu, media melaporkan seorang ibu tunggal ditemui mati dengan kesan kelar pada bahagian lehir
01:34dalam kejadian di sebuah rumah di tingkat 1 sebuah flat.
Comments

Recommended