00:00Kementerian Pendidikan KPM akan memperkenalkan kurikulum persekolahan baru secara berperingkat bagi memastikan sistem pendidikan negara kekal dinamik dan memenuhi keperluan masa hadapan.
00:11Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kahwoh berkata, fasa pengenalan kurikulum baru itu membabitkan murid tahun dan tingkatan 1 pada 2027 sebelum diperluas kepada tahun dan tingkatan 2 pada 2028.
00:25Sesuatu kurikulum itu akan digunakan untuk suatu tempoh masa dan apabila sampai pada sesuatu tempohnya, maka kita akan memperkenalkan kurikulum bagi persekolahan baru.
00:40Dan pada tahun hadapan, kita akan perkenalkan kurikulum bagi kurikulum persekolahan 2027 yang akan melibatkan tingkatan 1 dan juga tahun 1.
00:51Dan pada tahun yang akan datang lagi, 2028, ia juga akan merangkumi tingkatan 2 dan juga tahun 2 dan sebegitu.
01:00Dan dari situlah kita juga akan menyusun perkenaan dengan kandungan kurikulum. Itu nombor 1.
01:06Nombor 2, semakan kurikulum akan diadakan sekiranya ada keperluan. Sekiranya ada keperluan, maka untuk subjek-subjek ataupun mata belajar-mata belajar tertentu, maka semakan dari segi kurikulum boleh dilakukan dari masa ke semasa.
01:21Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Muar Said Saddiq Said Abdul Rahman mengenai formula kementerian dalam melaksanakan semakan kurikulum serta tempoh masa penggunaan sesebuah buku teks sekolah.
01:35Dalam masa sama, Kahwah memaklumkan KPM telah mengintegrasi elemen pendidikan kenegaraan dan politik dalam mata pelajaran sejarah serta pendidikan sivik bagi memberi pendedahan awal konsep demokrasi.
01:47Beliau berkata bermula tahun ini, KPM turut melaksanakan program pembentukan karakter generasi madani yang menumpukan empat komponen utama termasuk pengukuhan nilai patriotisme dan pembinaan jati diri positif dalam kalangan murid.
Comments