Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,500 ke atas seorang peniaga selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh seorang lelaki warga emas di Jalan Cheras-Hulu Langat, Ahad lepas.
Transcript
00:00Mahkamah Magistret Kajang menjatuhkan hukuman denda RM5,500 ke atas seorang peniaga selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan,
00:08mencederakan dan mengugut mahu membunuh seorang lelaki warga emas di Jalan Ceras, Huluh Langat pada Ahad lepas.
00:16Magistret Fatin Dayana Jalil menjatuhkan hukuman itu ke atas Saiful Adli Yusof yang berusia 52 tahun dan memerintahkan lelaki itu dipenjarakan 8 bulan jika gagal membayar denda.
00:27Lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Liu Hun Fu yang berusia 70 tahun dengan menumbuk dan menendang bahagian muka serta badan mangsa pada petang 8 Februari.
00:40Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
00:52Berapa empat orang anak itu juga didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya kerana mengugut mangsa di tempat dan lokasi sama.
01:06Berdasarkan fakta kes, kejadian berpunca daripada kemalangan melibatkan kereta Proton Wira dipandu mangsa dan Toyota Velfire dipandu Saiful Adli di Jalan Ceras, Huluh Langat.
Comments

Recommended